EH! Promosi Jun 2016

CRES

MENANG!

Rawatan The Body Regenerist Spa

BERNILAI RM 6042

cres
Dirumus menggunakan kombinasi buah-buahan, bunga-bungaan dengan garam laut semula jadi dan yogurt, The Body Regenerist Spa bukan sahaja sesuai untuk sesi memanjakan diri tetapi ia juga adalah terapi untuk menjana semula sel kulit agar kekal licin, halus dan cerah berseri. Sel-sel kulit mati digosok menggunakan buah-buahan dan bunga-bungaan yang diperkaya dengan garam laut semula jadi. Ekstrak buah-buahan dan bunga-bungaan ini juga mengandungi vitamin dan nutrien yang dapat menyuburkan sel-sel kulit. Malah, aromanya yang harum secara
tidak langsung mengurangkan tekanan. The Body Regenerist Spa merangkumi Anti-Stress Back Massage, Fruitti Yoghurt Masque, Fruitti Scrub, Thermal Blanket Heat Infusion dan juga Fruitti Bubble Bath. Hasil rawatan The Body Regenerist Spa boleh dilihat secara serta-merta di mana warna kulit lebih sekata dan lebih cerah, tanda-tanda parut semakin pudar dan tentu sekali kulit menjadi lebih anjal, licin dan berseri!

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

Laura Mercier

MENANG!

Produk Laura Mercier

BERNILAI RM 5976

Laura Mercier 2

Setiap ciptaan rangkaian Laura Mercier direka sendiri oleh Laura mengikut keperluan pelanggannya berdasarkan palet yang klasik dan disukai ramai, dan bukannya berdasarkan trend bermusim sahaja. Oleh sebab itulah ramai yang setia menggunakan Laura Mercier kerana konsepnya yang memahami keperluan setiap wanita. Antara produk Laura Mercier yang jadi kesukaan ramai ialah:

Foundation Primer – Gel berkrim yang harus digunakan sebelum sapuan bedak asas bagi mencipta lapisan yang bertindak sebagai pelindung antara kulit wajah dan bedak asas. Primer juga membantu menyembunyikan garis-garis halus dan liang pori supaya tidak jelas kelihatan apabila bersolek.
Candleglow Foundation – Dirumus tanpa wangian, bedak asas ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ia mengandungi Radiant-Pearl Mica untuk meratakan warna kulit diikuti dengan pigmen warna yang mikro bagi mewujudkan efek seolah-olah wajah diterangi cahaya lilin agar kelihatan lembut dan berseri setiap masa.
Tinted Moisturizer – Pelembap wajah dengan SPF20 yang juga boleh digunakan sebagai bedak asas untuk asas solekan.
Lip Glace – Pelembap bibir yang mempunyai 13 jenis pilihan warna dengan formula yang tidak melekit sambil melindungi bibir agar kekal lembap.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

Maybelline

MENANG!

Produk Maybelline

BERNILAI RM 6012

Maybelline

Krim BB adalah kesukaan ramai di kalangan wanita kerana hanya dengan kegunaan satu produk sahaja, yang boleh menghidrat wajah, menutup garis halus, mencerahkan kulit dan juga melindungi kulit wajah dari sinaran UV – kesemuanya dalam satu langkah sahaja!

Bersedialah untuk menyukainya dengan lebih lagi kerana jenama kosmetik No.1 Maybelline New York telah pun mengubah konsep krim BB sama sekali. Maybelline New York Super BB Cushion SPF29/PA+++ iaitu kusyen kompak krim BB yang mengandungi 60% esen pelembap air terkandung dalam kusyennya adalah rekaan terbaru jenama kosmetik No.1 ini. Popular di Korea, kusyen kompak ini menumpukan formula BB hanya pada pad kusyen dan anda hanya perlu oles pada wajah dengan pad aplikator tersebut. Terdapat dalam dua warna iaitu Light and Natural, Kusyen kompak Maybelline New York Super BB Cushion SPF29/PA+++ mempunyai tekstur yang lembut dan mengandungi serbuk mineral dan esen pelembap khususnya untuk melindungi kulit sambil melembapkan kulit sepanjang hari!

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

Melvita

MENANG!

Pulpe De Rose Plumping Radiance

BERNILAI RM 6120

melvitaUntuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan kulit yang terjejas akibat faktor gaya hidup masa kini, jenama kecantikan Perancis yang disahkan organik, Melvita mencipta Pulpe de Rose Plumping Radiance dengan bahan antioksidan paling mujarab yang diperolehi daripada buah-buahan dan mawar liar yang kaya dengan vitamin C dan kelopak mawar untuk memerangi tanda-tanda awal penuaan dan kehilangan seri wajah. Dua kepakaran Melvita: air mawar dan minyak kecantikan – digabung dalam satu produk penjagaan kulit. Tekstur unik 2-dalam-1 ini dimuatkan dalam Pulpe de Rose Plumping Radiance Duo dan dihasilkan dengan nisbah 75% Air Mawar Damsyik dan 25% Minyak Buah Mawar (rose hip). Manfaat Air mawar Damsyik adalah untuk
memberi kesegaran pada wajah, manakala minyak mawar Damsyik pula bagi mengembalikan kecergasan. Formula dwi fasa ini sangat lembut dan mudah diserap ke dalam kulit, dan kerana itu kulit menjadi lembap dan berseri dengan pantas.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

Sothys

MENANG!

Desquacrem Sothys

BERNILAI RM 5940

sothys

Diformulasikan sejak 1946, Desquacrem hasil ciptaan Sothys bukan sahaja berfungsi sebagai pembersih muka yang hanya membersihkan permukaan wajah tetapi ia juga menghapuskan kotoran dalam liang-liang roma dan sel-sel mati tanpa merosakkan kulit. Ia amat berkesan untuk melarutkan sebum dan menyingkir comedones iaitu bintik hitam dan putih sambil mencegah  kemunculannya semula. Dirumus khusus daripada asid amino gandum yang berfungsi sebagai ejen emulsi dan pengelupasan yang lembut, Desquacrem tidak menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit dan teksturnya tidak kasar seperti sesetengah skrub muka di pasaran, malah Desquacrem memastikan kulit wajah kekal lembap. Penggunaan Desquacrem akan mencipta permukaan kulit kelihatan lembut dan licin tanpa bintik-bintik hitam atau putih, permukaan kulit wajah tidak tegang dan kering bahkan kulit menjadi lebih bersih, segar dan berseri.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

Youngblood

MENANG!

Produk Youngblood

BERNILAI RM 6030

youngblood

Youngblood adalah jenama produk kosmetik mineral yang dihasilkan di California, Amerika Syarikat menggunakan bahan-bahan mineral tanpa campuran bahan kimia, pewarna serta pengawet yang selalunya menjadi punca alahan pada kulit wajah. Dicipta oleh Pauline Youngblood pada tahun 1996, kebanyakan produk Youngblood mengandungi gabungan mineral Malachite, Rhodolite, Hematite dan Zinctite yang bermutu tinggi untuk melindungi sel-sel kulit wajah. Kesemua produk Youngblood adalah lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang baru sahaja pulih daripada rawatan laser atau kimia, kulit berjerawat mahupun kulit yang mengalami perubahan warna. Produk Youngblood juga bebas daripada talkum, paraben, minyak dan wangian. Antara produk Youngblood adalah Vixen Lipstick iaitu gincu yang bebas Lanolin dan mengandungi campuran khas minyak semula jadi dan vitamin bagi melembapkan bibir, dan Mineral Lengthening Mascara yang direka khas agar bulu mata kelihatan dengan lebih lentik, tebal dan tahan lama. Esthetics International Group Berhad merupakan pengedar eksklusif untuk Youngblood di Asia Tenggara dan Hong Kong.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

Click here if you have issue accessing the promo form above

The post EH! Promosi Jun 2016 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment