DIDAKWA GUNA ANAK DAPATKAN KEUNTUNGAN, INI PENJELASAN AWAL ASHAARI?

awal schaBaru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran bagi koleksi pakaian raya Schawalara X Jakel di Kuala Lumpur. Secara rasminya Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan anak mereka, Lara Alana dilantik menjadi duta kepada produk keluaran berkenaan yang dipasarkan oleh Jakel.

Memuat naik beberapa foto sekitar  majlis pelancaran tersebut di akaun Instagram miliknya, beberapa pihak berpendapat Awal telah mempergunakan anaknya untuk meraih keuntungan dan populariti. Walaubagaimanapun, Awal menafikan dakwaan berkenaan dan tidak menerima sebarang tawaran begitu sahaja.

Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.

Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga.

Awal sebenarnya tidak pernah merancang untuk anaknya turut terlibat didalam dunia glamor tetapi ia adalah rezeki buat mereka.

Setiap bayaran yang Lara dapat akan terus dimasukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa hadapan.

Saya secara dasarnya tidak pernah merancang rezeki anak saya dan Alhamdulillah semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa depan dia.

Bagaimanapun ia bukan untuk jangka panjang kerana saya juga mahukan kehidupan normal buatnya.

 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment