Tinggal beberapa hari sahaja umat Islam bakal menyambut kedatangan Ramadhan. Adalah baik jika kita mula menjaga pemakanan supaya tubuh kita tidak ‘terkejut’ dengan pola pengambilan makanan semasa berpuasa nanti.
Bila badan sihat dan bertenaga waktu berpuasa, nak buat ibadah pun tenang. Jom ikuti tips pemakanan sebelum masuk bulan Ramadhan yang dikongsikan oleh dietician bernama Khairul Azuan atau mesra disapa sebagai Cip ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Tips Pemakanan Sebelum Masuk Ramadhan
1. Mula Puasa Sunat
Mula berpuasa sunat lebih2 lagi yang ada penyakit kronik. Tengok kemampuan. Kalau ada kencing manis, try check gula jam 2 petang masa hari berpuasa sunat. Kalau dh tinggal 4mmol/l ke bawah, berbuka lah. Kalah tinggi sngat pun berbukalah. Darurat.
2. Jangan Tinggal Sahur!
Lewatkan masa bersahur dan latih diri jangan tinggal sahur walaupun puasa sunat. Banyakkan nasi perang/basmati/wholegrain berbanding yang putih dan ajar makan buah masa bersahur.
3. Lebihkan Pengambilan Protein
Latih diri makan protein lebih sikit supaya penghadaman dalam perut lebih lama.
4. Makan Sayur!
Siapa yang tak suka makan sayur, boleh dah try tambah sayur atau salad dalam lunch atau dinner anda. Sayur penting untuk bantu tenaga jadi lagi berpanjangan sepanjang hari.
5. Banyakkan Minum Air Kosong
Perkenalkan air kosong lebih kerap dalam tempoh singkat. Ini kerana nanti bulan ramadhan anda perlu lebih banyak minum air semasa sahur dan berbuka.
6. Senaman Intensif Untuk Stamina
Belajar bersenam gaya HIIT (High-Intensity Interval Training). Full efforts dalam limited time supaya tak lapar sangat sebelum berbuka puasa. Lapar sangat kang habis nasi tomato 2 bungkus dan air sirap konpem 2 jug.
7. Amalkan Pemakanan Sihat!
Practise healthy eating sebab bulan ramadhan, saka syaiton dah xde.. dia tinggal saka lain dalam badan. Moderation in everything!
InsyaAllah next time saya berkongsi tips lain pulak…
Feel free to share this free info with others!
Sumber: Mohd Khairul Azuan
The post 7 Tips Pemakanan Sihat Ini Mampu Buat Anda Sentiasa Bertenaga Dan Lancar Beribadah Di Bulan Ramadhan appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment