5 Perkara Tidak Dilakukan Oleh Orang Yang Bahagia

 

 

shutterstock_290399939

Gambar: shutterstock

 

Ramai orang mengungkap bahagia itu bukan semua mampu punyai. Nasib manusia berbeza-beza. Ya, memang benar. Namun, yakinilah kebahagiaan itu bermula dengan bagaimana anda membawa diri. Anda yang mencorakkan kehidupan dan memilih bagaimana untuk hidup. Ingin tahu rahsia bahagia? 5 tip untuk anda kekal gembira dalam kehidupan.

 

1. Berfikiran Negatif

Sentiasa mengadu mengenai semua perkara. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah di mata. Ia bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, malah mengganggu hubungan antara orang sekeliling terutamanya pasangan yang sentiasa ada di sisi. Berfikiran positif membolehkan anda fokus kepada perkara yang baik dan mengetepikan apa yang tidak penting.

 

2. Cemburu

Diakui cemburu itu perlu ada, namun jika sudah berlebihan ia memberi kesan memudaratkan kepada perhubungan. Orang yang gembira hidupnya mensyukuri nikmat yang dia miliki dan tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri.

 

3. Membalas Dendam

Sememangnya anda sakit hati dengan perbuatan orang lain yang berlaku kejam dalam hidup anda. Namun, orang yang bahagia tidak menyimpan dendam, malah membiarkan mereka dan hanya mampu berdoa agar Tuhan yang membalasnya.

 

4. Diri Sendiri Sahaja Yang Betul

Bertekak hanya untuk membuktikan anda betul. Jika anda tiada perkara relevan untuk didebatkan, tutup mulut dan elakkan pertengkaran yang bisa goyahkan rasa cinta.

 

5. Berharap Terlalu Tinggi

Salah satu perkara yang paling mencabar dalam perhubungan adalah menerima pasangan dan orang sekeliling seadanya. Jika memasang harapan akan sesuatu yang tidak pasti terlalu tinggi, anda akan kecewa. Yang penting, jangan terlalu materialistik.

 

The post 5 Perkara Tidak Dilakukan Oleh Orang Yang Bahagia appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment