Anak ialah rezeki yang tak ternilai harganya. Anak merupakan pelengkap kepada sebuah kehidupan berkeluarga yang membawa kebahagiaan.
Bagaimana pula dengan rezeki anak yang ramai? Beban atau rezeki? Terpulang kepada macam mana korang menerima rezeki itu. Kisah bapa 9 anak ini buat kami respect! Gigih ulang alik menaiki motor angkut 9 anaknya makan di restoren hanya untuk happykan anak-anak.
Datang sepasang suami isteri dengan dua orang anak yang masih kecil dengan menaiki motor.
Sedang kami menikmati juadah di sebuah restoran. Datang sepasang suami isteri dengan dua anak yang masih kecil. Mereka datang dengan motor.
Sebaik sahaja si isteri duduk, dengan anak-anaknya, si suami terus beredar.
Si suami memandang saya sambil mengangkat tangan dan tersenyum. Saya membalasnya dengan turut sama mengangkat tangan.
Sahabat saya hanya membelek telefon pintarnya.
Lelaki itu datang lagi sekali dengan membawa 4 orang anak. Sebaik anak turun, si ayah terus beredar.
Hampir 15 minit berlalu. Lelaki itu datang sekali lagi dengan membawa 4 orang anak. Sebaik anak-anaknya turun dari motor, si ayah terus beredar.
Kali ini sahabat saya memandang dengan penuh minat.
Sama juga jarak waktunya, tidak sampai 15 minit kemudian. Lelaki itu datang lagi dengan 3 orang anak.
Dan kali ini, meja mereka agak riuh rendah.
“Anak orang tu 9 orang, ulang alik menaiki motor?’
“Feroz, anak orang tu 9 orang?” kali ini barulah sahabat saya berminat untuk bertanya.
Saya hanya mengangguk dengan tersenyum.
“Dia ulang alik angkut anak dia dengan motor?”
Saya angguk lagi.
“Engkau kenal mereka?”
Saya angguk lagi.
“Wow, very the powerfull!”
Memang jarang, amat jarang menemui sebuah keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai, pada hari ini.
Pasangan suami isteri itu melayan segala karenah anak-anak mereka dengan begitu gembira.
Bayangkan, anak remaja mereka dalam lingkungan usia 19 tahun, sehinggalah bayi kecil dalam usia 1 tahun.
Macam-macam perangai. Macam-macam keletah.
Si ibu memanggil anak-anaknya dengan panggilan ‘sayang’.
Menariknya, si ibu memanggil anak-anaknya dengan panggilan ‘sayang.’
Lebih menarik lagi. Si ayah, kerap bangun dan duduk, demi memastikan anak-anak dilayan dengan baik.
Tidak kedengaran langsung suara menjerit, mengherdik mahupun menengking.
Anak-anaknya bukanlah terlalu bersopan, ada juga yang nakal dan ada juga yang manja.
Si abang dan kakak menyuapkan adik-adik mereka.
Setelah minuman tiba. Si abang dan kakak menyuapkan adik-adik mereka.
Ramai yang memandang keluarga itu dengan pelbagai persoalan bermain diminda masing-masing.
Sewaktu makanan telah siap terhidang. Si kecil dalam lingkungan usia 6 tahun terus membaca doa.
Doa yang dibacanya agak kuat.
Sebaik doa habis dibaca. Saya pula tergamam.
Pelanggan yang memenuhi restoran itu mengaminkan doa itu.
Si ayah dan si ibu tersenyum dan ketawa kecil.
Kebahagiaan keluarga ‘besar’ ini menarik perhatian pelanggan restoren itu dengan pelbagai telatah.
Keluarga ‘besar’ ini sungguh menarik perhatian pelanggan yang menjamu selera di restoran itu.
Sebuah keluarga lain, bangun setelah selesai menjamu selera. Mereka melintas di hadapan meja ‘keluarga besar’ itu. Lalu seorang wanita warga emas bertanya.
“Ini semua anak-anak kamu?”
Si ayah dan si ibu mengangguk.
“Alhamdulillah …” sambil wanita itu mengusap kepala anak-anak pasangan itu yang masih kecil.
Sesekali, si ayah berbuat jenaka dengan anak-anaknya. “Jangan ketawa, senyum sudah.”
Semakin kuat anak-anaknya ketawa.
.
.
Abang Long.
Motor kecil membawa bahagia.
Jadi kepada ibubapa yang dikurniakan anak ramai tu, bersyukurlah kerana kehidupan dipenuhi dengan gelak dan tawa. Tak ada la sunyi saja rumah. Lagi untung kalau mempunyai anak-anak soleh untuk mendoakan kepada kedua ibubapa kelak.
sumber: facebook Pencuri Movie
The post Ulang Alik Angkut Anak Ke Restoran Menaiki Motor, Kisah Bapa 9 Anak Ini Buat Kami Sebak appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment