‘Saya Sedih Lihat Keadaan Seperti Ini’- Dr Zakir Naik Luah Rasa Kesal Dengan Sebilangan Orang Islam

zn

Sejak beberapa hari ni negara kita hangat dengan isu pembatalan ceramah dari Dr Zakir Naik. Terbaru, ceramahnya di Melaka pada Ahad ini juga telah dibatalkan oleh pihak berkuasa atas alasan-alasan tertentu. Oleh dengan hal itu, Dr Zakir Naik meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah orang yang beragama Islam yang sangat mudah melabel dan menuduh saudara sama agama sebagai kafir.

Jom kita baca luahan Dr Zakir Naik ni..

Sedih lihat keadaan seperti sekarang ni..

Screen Shot 2016-04-12 at 12.01.23 PM

Menurut Dr Zakir Naik yang juga penceramah dari India, berkata masalah besar bagi umat Islam adalah mereka sangat mudah memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu kecil.

Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan.

Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam.

Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini.

Beri imej negatif kepada penganut agama lain..

1_31463

Tambah Dr Zakir Naik, perbalahan yang terjadi sekarang ni bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi juga turut beri imej negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain. Ceramah itu dipetik ketika Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

Islam sebenar tidak label seseorang itu sebagai kafir..

Screen Shot 2016-04-12 at 12.00.33 PM

Sebagai jalan penyelesaian, umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran agama yang betul, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutama sekali saudara seagama dengan gelaran yang tak sepatutnya, tambahan lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya. Sedangkan dalam

Al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya.

Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.

Sumber: Sinar Harian

 

The post ‘Saya Sedih Lihat Keadaan Seperti Ini’- Dr Zakir Naik Luah Rasa Kesal Dengan Sebilangan Orang Islam appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment