Rahsia Aroma Teh

Oleh: Farhana Fuad

 

 

Pasti ramai yang sudah tahu akan kehebatan teh untuk kesihatan tubuh. Khasiatnya yang pelbagai menjadikan teh sebagai satu bahan perubatan dan baik untuk kulit. Bahkan, teh banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dek kerana kebaikannya yang hadir dari manfaat antioksidan.

 

Antara kehebatan teh yang tidak ramai tahu adalah ia mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Bagi individu yang ingin merealisasikan impian tubuh idaman, anda sangat disarankan untuk mengambil teh sebagai minuman harian kerana ia membantu untuk menurunkan berat badan.

 

Namun tidak ramai yang tahu bahawa aroma teh juga punya kelebihan bukan hanya untuk diminum, malah juga sesuai untuk dijadikan haruman wangian. Aromanya yang menusuk semerbak mampu membuatkan kulit tubuh lebih segar dan kembali bertenaga.

 

EH! senaraikan antara minyak wangi yang dihasilkan dengan teh sebagai salah satu bahannya. Mungkin ada yang kami pilih akan jadi kesukaan anda.

 

Thé Glacé Aqua Parfum oleh Terry de Gunzburg

 

PACKSHOT_MONDE_HD

Gambar : Terry de Gunzburg

 

Pabila mencari kesegaran dalam haruman, Thé Glacé Aqua Parfum adalah solusinya. Wangiannya dihasilkan dengan gabungan nota rempah ratus, sitrus dan esen musk. Bahan-bahan yang digunakan termasuklah Verbena dari Perancis, black tea Bois Cheri dari Mauritius, limau gedang dari Itali, nota badam, bunga lavender Sault, ditambah dengan Brazilian Matemoss dan musk.

 

L’Île au Thé oleh Annick Goutal

 

annick goutal

Gambar: Annick Goutal

 

Harumannya diilhamkan keindahan Pulau Jeju di Korea Selatan yang mana terbentang luasnya ladang teh dan limau mandarin. Aromanya yang cukup segar dengan berintikan teh sebagai motif utama. Ringan bak udara, segar bak kuntuman daisi. Cukup sempurna dengan musk putih, osmanthus dan buah aprikot.

 

Tea Tonique Eau de Parfum oleh Miller Harris

 

miller-harris-2

Gambar: www.escentual.com

 

Wangian dari Miller Harris ini dihasilkan dengan aroma woody citrus. Ia ibarat satu sumber tenaga. Sekali semburannya membuatkan diri terbayang berada di dalam sebuah kafe di London yang dipenuhi dengan aroma teh segar dan dimewahkan dengan aroma bergamot.

 

 

 

The post Rahsia Aroma Teh appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment