Walaupun ibu perlu sentiasa diraikan, tetapi jika anda bercongak untuk menghadiahkannya sesuatu yang istimewa, apa kata dapatkan set Shiseido yang cukup menawan ini. Pasti bonda gembira menerimanya.
Shiseido meraikan Hari Ibu dengan siri set kecantikan eksklusif untuk ratu hati anda. Sempena Hari Ibu ini, ekspresikan penghargaan anda sebagai tanda terima kasih kepada ibu di atas kasih sayang yang tiada tandingan dengan menghadiahkan bingkisan indah ini. Set istimewa Shiseido berikut adalah yang paling ideal untuk sambutan kali ini.
ULTIMATE RADIANCE, RM270.30
Bertindak memelihara dan menaikan seri wajah untuk pigmentasi kulit yang sekata. Set ini hadir bersama Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate di mana ianya bertindak melindungi kulit daripada persekitaran yang tercemar.
WRINKLE RESIST, RM445.20
Rangkaian set yang menentang penuaan untuk kulit yang kekal muda dengan segera. Set ini mengandungi rangkaian Shiseido Benefiance, produk antipenuaan untuk wajah kekal muda berpanjangan dan melembapkan kulit.
ULTIMATE GLOW, RM434.60
Memiliki wajah yang cerah dan berseri menjadi idaman setiap wanita. Dengan set baru Shiseido White Lucent, membantu bertindak mencegah noda hitam. Ianya juga memelihara keanjalan kulit dengan kelembapan untuk kulit yang sempurna.
BEAUTIFUL CONTOURS, RM837.40
Set ini menganjalkan kontur wajah menjadikan ianya muda dengan rangkaian Shiseido Vital-Perfection. Sambutan kali ini akan lebih bermakna dengan kulit wajah yang sihat sempurna.
TIMELESS BEAUTY, RM296.80
Rahsia muda berpanjangan, membaiki kesan penuaan dan menaikkan seri wajah. Set Shiseido Benefiance ini membantu melindungi dan memelihara nutrisi kulit dan diperkaya dengan formula anti penuaan. Ia juga nmengurangkan kesan garis halus dan meningkatkan tekturs kulit.
LUXURIOUS INDULGENCE, RM1,431.00
Bertindak merangsang untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah, Shiseido Future Solution LX menjanjikan yang terbaik. Set ini mampu membaiki kulit dari dalam.
NEW SHISEIDO SYNCHRO SKIN AIRY CUSHION FOUNDATION, RM155.00
Lengkapkan transformasi kecantikan dengan revolusi solekan terbaru daripada Shiseido. Ianya sesuai untuk semua jenis bentuk wajah, tona dan kondisi kulit dengan mempertingkatkan kecantikan semulajadi. Dengan formula Airy Cushion dan Advanced Sensing Technology, ianya mencipta perlindungan kepada kulit. Gunakan set ini sebagai langkah terakhir untuk rejim kecantikan anda.
Kesemua Set Hari Ibu Bakal Berada Di Pasaran Bermula Pertengahan April 2016
The post Pilihan Hadiah Untuk Ibu Dari Shiseido appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment