Lokasi Perkahwinan Outdoor Pilihan EH!

Oleh: Farhana Fuad

 

 

Jika lokasi dalam dewan atau indoor bukan jadi pilihan anda untuk meraikan mahligai cinta yang baru terbina, pastinya perkahwinan bertemakan dalam taman boleh dijadikan pilihan lain, pasti majlis anda lebih indah dengan kehijauan dan keserian alam semula jadi.

 

Memilih lokasi perkahwinan adalah salah satu perkara penting dalam catatan to-do-list buat bakal pengantin. Setiap pasangan raja sehari pastinya mahukan hari perkahwinan mereka mencipta momen terindah memandangkan itu merupakan antara hari bersejarah dalam kehidupan.

 

Kini, banyak lokasi sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan outdoor atau taman. Bahkan, ada antaranya hadir dengan pakej lengkap merangkumi khidmat dekorasi juga sajian katering.

 

Anda impikan perkahwinan dalam taman? Di sini EH! senaraikan lokasi perkahwinan outdoor pilihan kami.

 

Gita Bayu, Seri Kembangan Kuala Lumpur

 

gitabayu

Gambar: gitabayu.com

 

floatingdeck

Gambar: wedresearch.net

 

Kebun Mimpi yang berkeluasan lebih kurang 10 ekar taman tropika di tepian tasik, kawasan majestik ini sesuai untuk anda  menganjurkan pelbagai jenis majlis. Deck terapung yang terletak di bahagian tepi tasik menjadikan ia satu lokasi yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan romantis.

 

Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

 

cyberview

 

cyberview

Gambar: Cyberview Resort & Spa

 
Padang rumput yang terbentang hijau dengan angin bertiup nyaman di kawasan lapang Cyberview Resort & Spa Cyberjaya ini pasti mampu merealisasikan impian majlis yang penuh romantis dalam taman seperti yang anda idamkan. Resort ini turut menyediakan pakej lengkap untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan.

 

Passion Road, Kuala Lumpur

 

passion road

 

passion-road

Gambar: Passion Road KL

 

Siapa kata jantung Kuala Lumpur tidak punya kawasan yang penuh kehijauan yang membolehkan anda  melangsungkan majlis perkahwinan dalam taman. Passion Road dipenuhi dengan pohon-pohon menghijau, suasananya lagi nyaman sesuai untuk diadakan majlis meraikan ikatan cinta. Lokasinya strategik, satu kelebihan untuk lokasi ini.

 

Enderong Resort Tanarimba, Janda Baik

 

enderong

Gambar: tearestaurant.com.my

 

enderong 2

Gambar: www.jonathanong.com

 

Dewan serba guna di Enderong Resort yang terletak di Tanarimba Janda Baik dibina juga satu pilihan baik. Ia boleh memuatkan sehingga 80 ke 100 orang pada satu masa. Panel kaca dan 3 sisi pintu di dewan ini menjadikan cahaya matahari menyinari ruangan dewan ini pada waktu siang menghadap pemandangan indah hutan tropika yang mengelilinginya. Hutan hijau di tapak Enderong Resort ini dipenuhi dengan pokok pain yang mampu menghidupkan suasana majlis kahwin ala filem Twilight.

 

Sangkot Garden

 

sangkot 2

 

sangkot 3

Gambar: sangkot.com

 

Biarpun terletak 20km dari Kuala Lumpur, lokasi terbaik untuk acara perkahwinan ini mampu menjanjikan kepuasan maksimum buat bakal pengantin yang dambakan suasana dalam taman. Lokasi ini kian menjadi pilihan pasangan pengantin yang sukakan alam semula jadi. Ia menawarkan dua set berbeza, perkahwinan dalam taman sepenuhnya atau di sebuah vila yang mana kedua-duanya mempunyai panorama cantik serta cahaya semula jadi. Pasti rakaman gambar hari perkahwinan anda lebih cantik dengan simbahan cahaya natural.

 

A-Park 

 

a-park-puchong-malaysia-lake-house

Gambar: www.venuerific.com

 

a-park

Gambar: m.utusan.com.my

 
Terletak sedikit tersorok di Kampung Pulau Meranti, Puchong, A-Park merupakan sebuah kawasan taman bertasik dan lengkap dengan binaan cottage putih ala Inggeris serta Lake House untuk kemudahan majlis perkahwinan. Taman dan tapak khemah di sini mempunyai suasana yang cukup indah. Selain dari majlis perkahwinan, ia juga sesuai untuk acara-acara korporat seperti majlis makan malam.

 

The post Lokasi Perkahwinan Outdoor Pilihan EH! appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment