Pasti ramai diantara anda yang jadikan minuman air lemon detoks sebagai pengambilan asas untuk kurangkan berat badan kan? Kawan-kawan abam yang nak kurus pun selalu bawak bekas minuman air detoks ke tempat kerja. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan minuman air detoks lemon secara berlebihan boleh mendatangkan kesan bahaya kepada tubuh badan dan kesihatan anda? Ini sebabnya..
1. Hakisan gigi
Jika anda minum air lemon detox terlalu banyak sampai bergelas-gelas dalam masa satu hari, ia boleh menyebabkan gigi diselaputi asid.
Kerana ia mampu menghakis enamel gigi serta membuat gigi semakin senstitif pada makanan sejuk dan panas. Cara terbaik untuk melindungi gigi anda ketika minuman berasid adalah dengan menggunakan straw.
2. Pedih ulu hati
Tahukah anda, selain dari kesan di atas, minum air lemon juga boleh menyebabkan pedih ulu hati. Ia akan menjadi kritikal jika anda pernah mengalaminya sebelum ni.
Pedih ulu hati akan menyebbakan rasa panas dan juga sakit/pedih di bahagian dada. Oleh itu, anda harus kurangkan pengambilan dan makanan yang berasid untuk mengelakkan penyakit ulu hati ini.
3. Kerap buang air
Faktor ini juga merupakan salah satu kesan sampingan yang mungkin anda akan alami jika minum air detox lemon secara berlebihan kerana buah lemon mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini bersifat diuretik, bermakna ia akan meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.
Jika anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk, anda disarankan supaya kurangkan pengambilan minuman tersebut. Jadi kepada anda, kalau mahu kurus cepat hendaklah berjaga-jaga dan mengamalkan pemakanan secara teratur. Jangan sebab mahu kurus juga, anda didatangi penyakit yang tak diundang.
Sumber: Sinar Harian
The post Ketagih Minum Air Detox Lemon Untuk Nampak Kurus & Cantik? Ini Kesannya Jika Anda Ambil Berlebihan appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment