ISTERI EZANY NIZARIFF DISABITKAN NUSYUZ?

catsMahkamah Rendah Syariah Petaling membenarkan permohonan nusyuz atau derhaka yang difailkan oleh pelakon, Ezany Nizariff terhadap isterinya, Lizda Nuryanti. Keputusan terbabit telah diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar.

“Dalam keputusan itu, mahkamah mensabitkan nusyuz terhadap defendan Lizda Nuryanti mulai 17 Julai 2014. Mahkamah juga mensabitkan defendan mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Oleh yang demikian, defendan tidak layak mendapat nafkah bermula tarikh sabitan hari ini sehingga defendan kembali taat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ezany telah memfailkan permohonan itu pada 22 Julai 2014 di mahkamah yang sama. Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 setelah Lizda Nuryanti keluar dari rumah mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga pasangan ini mula tercetus selepas Ezany Nizariff mengakui isterinya meminta untuk diceraikan sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai 2014 lalu.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment