Oleh : Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Jenner yang besar dan boleh dikatakan semua ahli keluarganya punya peminat masing-masing apabila mula muncul di kaca tv menerusi rancangan realiti Keeping Up With Kardashian.
Keluarga Jenner ibarat sebuah keluarga selebriti yang menjadi ikutan ramai di media sosial yang rata-ratanya ingin sentiasa update akan kehidupan seharian mereka. Tidak kira melalui gaya harian, inspirasi solekan atau pun rutin seharian yang mereka lalui.
Kini yang kian menjadi trending dari keluarga Jenner adalah solekan inspirasi Kylie Jenner. Jadi, EH! kongsi cara untuk bersolek ala Kylie Jenner.
- Gunakan tape lutsinar untuk dilekatkan pada bulu mata di bahagian bawah mata (selari dengan garisan kening)
- Bermula dengan mengoles primer pada kelopak mata.
- Sapukan rona-rona contour pada kelopak mata.
- Setelah selesai menyapu contour gelap pada kelopak mata, gunakan pembayang mata yang gelap untuk membuat garisan pada garisan kelopak mata atas yang mana tape yang dilekatkan menjadi block supaya tidak comot pada bahagian bawah mata. Jadi ia akan kelihatan seperti menggunakan penggaris mata.
- Cabut tape. Gunakan jari untuk mengoles pembayang mata berona rose gold pada bahagian tengah kelopak mata.
- Gariskan pada garisan bulu mata atas dengan penggaris mata berona gelap.
- Sapukan cecair bedak asas illuminator yang sedikit glowy pada bahagian pipi, hidung, dahi dan dagu.
- Dengan pergerakan membulat, sapukan cecair bedak asas yang sesuai mengikut rona kulit anda.
- Letakkan skin enhancer pada bahagian bawah mata dan tepi hidung untuk memberikan efek bentuk hidung yang lebih mancung.
- Gunakan cecair bedak asas berona chestnut sebagai contouring.
- Ratakan contouring tersebut dengan bronzer.
- Kemaskan kening dengan berus kening. Jika perlu, garis pensel kening untuk mencantikkan lagi bentuk kening bak Kylie Jenner.
- Dengan berus halus, gariskan sedikit pembayang mata pada bahagian bawah mata.
- Untuk tampak lebih sempurna, tambah bulu mata palsu dan gunakan maskara agar untuk lebih kemas. Jika perlu, gariskan sedikit pembayang mata di atas garisan bulu mata palsu tersebut untuk hasil yang lebih semula jadi.
- Layangkan sedikit contour berwarna oren pada tulang pipi. Serta pemerah pipi berwarna soft pink di atas contour tersebut untuk menaikkan lagi kemerahan pipi.
- Garis bahagian tepi bibir dengan penggaris bibir yang berona coklat nude. Sapukan gincu berona nude coklat pada bahagian tengah bibir.
- Semburkan setting spray untuk kekemasan terakhir dan hasil solekan yang kekal sepanjang hari.
EH! kongsikan sekali video tutorial solekan Kylie Jenner buat inspirasi.
The post Cara Bersolek Ala Kylie Jenner appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment