(2 GAMBAR) TUNANG HAFIDZ ROSHDI?

gambar-tunang-hafidz-roshdi-cpTunang pelakon baharu yang dikenali menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, iaitu Hafidz Roshdi baru-baru ini terkena tempias apabila disindir oleh pelakon Uqasha Senrose kerana dikatakan cemburu melihat kemesraan Hafidz dan Uqasha.

GAMBAR TUNANG HAFIDZ ROSHDI | Hafidz sebelum ini mengesahkan dia sudah bertunang pada 5 Disember 2015 dengan seorang pelajar kolej swasta. Hafidz bagaimanapun berkata, dia tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan wanita itu juga masih menuntut peringkat peringkat ijazah.

“Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.

“Dia berasal dari Kedah dan kami merancang untuk berkahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang keputusan untuk bertunang ketika sedang meraih populariti,  Hafidz berkata, dia tidak merasakan perkara itu boleh menjejaskan namanya yang kini sedang meningkat naik.

“Saya tidak bimbang atau rasa bercinta, bertunang atau berkahwin boleh menjadi masalah kepada kerjaya lakonan. Apa yang penting ialah rezeki di daripada Allah,” ujarnya.

Berikut dua gambar tunang Hafidz Roshdi:-
gambar-tunang-hafidz-roshdi-sm

gambar-tunang-hafidz-roshdi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment