Siapa tak pernah main mall hunt? Yang pernah main tu korang memang awesome sebab dapat imbuhan betul tak kalau dapat selesaikan semua soalan yang diorang bagi tu.
Baru-baru ni kalau korang nak tau TGV Cinemas dengan kerjasama 1 Utama Shopping Centre julung kalinya mengadakan TGV Cinemas Flix Fiesta yang telah berlangsung dari 16 sehingga 27 Mac yang lalu.
Banyak akiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung.
TGV Cinemas Flix Fiesta yang happening ni diadakan sebab nak bagitahu korang tentang servis dan apa yang TGV Cinemas ada untuk penuhi masa lapang korang tu.
So kalau korang nak tau lagi selama ni TGV Cinemas ni ada macam-macam jenis ruang tayangan yang unik antaranya, IMAX, BEANIE, INDULGE dan FAMILY FRIENDLY yang turut dipamerkan sepanjang program ini berlangsung.
Tumpuan pengunjung mestilah pada Proton Iriz, tapi dah selamat pun dibawa pulang oleh pemenang Mall Hunt yang diadakan di dalam pusat beli belah ni.
Pemilihan dijalankan pada 18 hingga 24 Mac yang lalu, peserta perlu menonton wayang sepanjang tarikh tu dan menjawab soalan mudah sebelum dipilih untuk join aktiviti Mall Hunt yang diadakan pada 26 Mac.
Untuk mencari pemenang utama, peserta Mall Hunt perlu menyelesaikan 25 soalan berkaitan TGV Cinemas dan 1 Utama Shooping Centre.
Pemenang Proton Iriz Julie Tan
Tahniah diucapkan kepada pemenang Mall Hunt, kalau ada lagi tahun depan confirm kami join ni. Mana tahu tahun depan hadiah diorang upgrade kepada yang lebih besar.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak, remaja sampailah kepada yang telah berkeluarga. Jom ushar gambar sepanjang program TGV Cinemas Flix Fiesta.
The post Wanita Ini Menang Kereta Hanya Dengan Tonton Wayang & Main Mall Hunt, Thanks TGV Cinemas! appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment