Objek Dan Destinasi Pencetus Idea Untuk Koleksi Kecantikan Terbaharu CHANEL

Untuk musim bunga dan panas tahun ini, CHANEL tampil dengan koleksi VISION D’ASIE: L’ART DU DÉTAIL yang kaya dengan rona menggoda.

 

 

Landskap dunia kecantikan bagi pereka produk kecantikan dari CHANEL, Lucia Pica kini berkembang dengan lebih luas pabila mengikuti sebuah ekspedisi fotografi ke Jepun dan Korea Selatan. Dari kemilau sisik ikan yang dirakam di sebuah pasar di Tokyo ke sarang wayar yang dirakam di sisi jalan di Seoul, segalanya penuh warna yang memberikan idea untuk revolusi terbaharu rangkaian solekan CHANEL untuk musim bunga dan panas tahun ini.

 

“I didn’t want to just document. We were exploring real life, capturing fleeting color and textures and then elevating them into something precious,” kata Pica.

 

 

Di dalam koleksi VISION D’ASIE: L’ART DU DÉTAIL, kedalaman dan kehalusan dipertonjolkan menerusi signature play Pica yang bermain dengan cahaya serta kilauan binaan arkitek yang tersergam kukuh. 

 

Menerusi vibrasi cahaya, rona dan tekstur dari koleksi ini, solekan kelihatan hidup segar.

 

“The beauty of imperfection makes sense to me in terms of what I do – I want something that feels alive,” ujar Pica.

Mata

 

LES 9 OMBRES édition N°2 quintessence (kiri) Ombre première crème 840 Platine Bronze (kanan)

 

Pica memperkenalkan palet pembayang mata yang super lembut, transversal, tona yang memberikan wanita peluang kebebasan untuk menjelajah di antara kepekaan negara dan benua yang berbeza. LES 9 OMBRES adalah rangkaian yang kemilau, bersinar terang, matte dan bertekstur krim. OMBRE PREMIÈRE CRÈME pula adalah produk transversal base yang menaikkan lagi kilauan LES 9 OMBRES.

The post Objek Dan Destinasi Pencetus Idea Untuk Koleksi Kecantikan Terbaharu CHANEL appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment