Selepas Hefny Sahad, Uqasha Senrose Kini Bercinta Dengan Ben Amir Pula?

Sebelum ini, nama pelakon cantik Uqasha Senrose diakui sering terpalit dengan pelbagai kontroversi hebat. Terbaru, selepas tiga bulan putus cinta dengan pengacara Hefny Sahad, Uqasha kini dikatakan pula sedang ‘rapat’ dengan pelakon Ben Amir.

Kontroversi ini mula tersebar selepas Uqasha dan Ben Amir saling memuat naik gambar di Instagram masing-masing. Malah, percutian Uqasha dan adiknya Nelydia ke Bali baru-baru ini turut disertai Ben Amir. Bercinta ke?

Saya juga sama seperti manusia lain

Menerusi Kosmo! Online, Uqasha Senrose memberitahu dia juga seperti manusia biasa yang ingin dicintai dan mencintai. Buat masa ini, Uqasha memaklumkan beliau dan Ben Amir masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Saya juga sama seperti manusia lain, ingin dicintai dan mencintai untuk meneruskan hidup. Bagi saya ia perkara normal untuk mengenali orang baru.

Kadang-kadang takut juga dengan tanggapan orang cuma saya sendiri tidak tahu mengapa diri sendiri yang kerap melalui perkara ini.

Setakat ini kami masih berkawan. Saya boleh jadi diri ketika bersamanya dan ia membuatkan saya berasa selesa.

‘Sama cantik sama padan’

Sumber : Kosmo! Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment