Pampers Kini Kembali Secara Eksklusif Di Lazada Super Brand Day

Setiap kali menyebut “Pampers,” pastinya ramai warga Malaysia akan kaitkan dengan lampin bayi. Bahkan, kebanyakan anak di Malaysia memakai pampers ketika sedang membesar. Oleh itu, ibu bapa kini berpeluang untuk berikan kasih sayang abadi bersama si manja, kerana jenama Pampers akan kembali ke Malaysia secara eksklusif di Lazada sempena dengan Super Brand Day pada 29 Ogos 2018.

Kategori ibu dan byi telah menunjukkan peningkatan yang ketara sejak ia diperkenalkan, dengan produk untuk bayi dan kanak-kanak, khususnya lampin yang kekal sebagai produk terlaris di platform e-dagang tersebut. Lampin bayi adalah antara produk yang mencatatkan kadar pembelian semula yang tinggi di Lazada kerana para ibu moden yang sibuk lebih gemar membuat pembelian dalam talian serta melalui aplikasi mudah alih, supaya mereka dapat meluangkan lebih masa bersama si manja.

“Kami berasa amat teruja apabila Pampers memilih untuk bekerjasama secara eksklusif dengan Lazada. Keputusan Pampers untuk kembali ke Malaysia merupakan satu perkara yang amat signifikan, kerana jenama Pampers telah lama dikaitkan dengan lampin bayi, dan lebih-lebih lagi, “Pampers” adalah  antara kata kunci yang sering digunakan dalam pencarian mereka di Lazada,” Sherry Tan- Ketua Pegawai Komersil Lazada Malaysia.

“Pampers telah melancarkan inovasinya yang paling premium iaitu Pampers kami yang dibuat di Jepun dilengkapkan dengan teknologi “Magical Pods” kami yang tersendiri. Ia bukan sahaja memastikan kekeringan sehingga 12 jam, malah ia bersifat nipis, ringan dan tiada kelembapan walaupun aktif sepanjang hari; sekaligus membolehkan si manja berasa selesa selalu. Pampers Super Brand Day merupakan sebahagian daripada misi kami untuk memupuk bayi generasi seterusnya agar sentiasa riang dan sihat. Melihat kepada kehadirannya yang amat luas di Asia Tenggara, Lazada sememangnya rakan kerjasama yang terbaik untuk merealisasikan visi kami ini,”Brandon Lim- Pengurus Jenama Pampers Malaysia.

Untuk Super Brand Day ini, Pampers telah menyediakan sirit tawaran eksklusif iaitu satu acara membeli-belah 24 jam yang berlangsung hanya pada 29 Ogos. Nikmatilah diskaun sehingga 30 peratus untuk produk pampers, yang akan dihantar secara percuma ke kediaman anda.

Untuk lebih lagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Lazada.

Gambar: Instagram Lazada

 

The post Pampers Kini Kembali Secara Eksklusif Di Lazada Super Brand Day appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment