3 Tahun Pemergian, Ibu Jamaluddin Jarjis Mohon Faraid Peninggalan RM2 Bilion!

Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan 5 mangsa terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih pada 4 April 2015. Ketika kejadian, kesemua mangsa berada dalam pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang itu.

Setelah 3 tahun, isu kembali berbangkit apabila ibu kepada arwah, Aminah Abdullah ke mahkamah untuk memfailkan permohonan bagi mendapatkan sijil faraid ke atas harta pusaka milik bekas Ahli Parlimen Rompin itu.

Lebih 2 bilion bagi waris berhak

Harta arwah Jamaluddin berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion dan prosiding dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Aminah yang berusia 84 tahun diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lalu.

Ketika ditemui media selepas prosiding pengurusan kes, Kamar Ainiah berkata permohonan itu difailkan bagi menentukan bahagian kepada waris yang berhak dalam harta pusaka milik Jamaludin.

Di bawah undang-undang Islam, ibu yang masih hidup berhak mendapat satu perenam peninggalan harta pusaka, sementara balu yang masih hidup mendapat satu perlapan daripada bahagian itu dan anak-anak menerima jumlah baki harta pusaka berkenaan.

20 hartanah di Malaysia, AS dan Mekah masuk senarai

Kamar Ainiah berkata, antara harta yang perlu dimasukkan di dalam senarai untuk difaraid adalah lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat  dan Makkah serta syarikat milik Jamaluddin.

Balu Allahyarham sudah memohon untuk menjadi pencelah dan bagi pihak ibu selaku pemohon, dia tidak mempunyai bantahan sekiranya waris lain ingin menjadi pencelah. Aminah yang berkerusi roda hadir ke mahkamah ditemani anaknya yang juga adik lelaki Jamaludin iaitu Mohamad Najeb Ali.

Jamaludin terkorban akibat nahas helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas dan terbakar di ketika dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang setelah pulang dari kenduri anak Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Sumber: Utusan MalaysiaBerita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment