Putera Harry Dan Meghan Markle Pilih Perisa Unik Untuk Kek Perkahwinan

Sementara ramai kerabat diraja yang lain biasanya memilih perisa vanila buttercream atau red velvet untuk kek perkahwinan, Putera Harry dan Meghan Markle membuat pilihan yang jarang didengar dan nyata ia cukup unik.

 

Gambar : Vogue

 

Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle telah memilih perisa lemon elderflower untuk kek perkahwinan mereka nanti.

 

“Putera Harry dan Ms.Markle telah bertanya kepada Claire (Ptak, pemilik kedai kek East London Violet) untuk menghasilkan kek lemon elderflower yang bakal menonjolkan citarasa musim bunga akan datang. Ia bakal dilitupi dengan buttercream dan dihiasi bunga-bunga segar. Putera Harry dan Ms. Markle tidak sabar untuk berkongsi kek tersebut bersama tetamu undangan di hari perkahwinan mereka nanti di Istana Windsor pada 19 Mei,” tulis kenyataan rasmi dari Istana Kensington di Twitter.

 

 

Ptak, chef pastri disebalik pembikinan kek perkahwinan Diraja itu nanti bakal menggunakan bahan organik, bermusim yang mana sangat penting dalam penjagaan kesihatan yang diamalkan Markle.

 

Hubungan erat di antara pembuat kek tersebut seakan sudah lebih mesra bersama bakal pengantin Diraja itu, yang mana telah pun mewawancara chef pastri tersebut untuk blog gaya hidupnya, The Tig.

 

Tambahan pula, Ptak sebenarnya dilahirkan di California dan kemudian berpindah ke London, jadi tidak hairanlah Markle dan Ptak bakal berhubung baik selepas ini.

 

“Saya tidak dapat gambarkan bagaimana terujanya saya pabila dipilih untuk membuat kek perkahwinan untuk Putera Harry dan Ms. Markle,” ujar Ptak kepada portal Vogue.

 

Ptak menghasilkan kek ala American, yang mana seolah Harry dan Meghan bakal melupakan seketika tradisi Diraja Britain yang gemar menghidangkan kek citarasa buah-buahan di hari perkahwinan.

 

Sebagai contoh, Putera William dan Kate Middleton menghidangkan kek buah mewah di hari bahagia mereka, seperti mana Ratu Elizabeth dan Putera Philip, Putera Charles dan Puteri Diana, Putera Andrew dan Sarah Ferguson.

 

 

The post Putera Harry Dan Meghan Markle Pilih Perisa Unik Untuk Kek Perkahwinan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment