EH! Disember 2017

 

EH! edisi Disember menampilkan wajah sensasi, Zahirah MacWilson sebagai penghias muka hadapan. AKtres muda ini berbicara tentang privasi dunia selebriti, batasan dalam perkongsian kisah peribadi juga kisah cintanya. Seiring dengan edisi kembara, kami turut berbicara sama Zahirah tentang pengalaman juga tip liburnya.

 

Ruangan kecantikan menonjolkan elemen Oriental, baik dari hal penjagaan kulit mahupun solekan. Kenali bahan-bahan yang digunakan dalam produk dari benua Asia seperti ginseng. Peljarai juga teknik solekan ringkas bak gadis Oriental yang banyak bermain dengan serakan warna pastel.

 

Halaman fesyen pula membariskan pelbagai ilham untuk gaya kembara yang bukan sahaja selesa malah penuh stail. Mengangkat tema Oriental, lihat bagaimana model Natasha disarungkan dengan pelbagai ilham gaya Oriental yang bersuntikkan elemen avant garde.

 

Ruangan Realiti pula berbicara tentang generasi milenial yang sebahagiannya di cop sebagai generasi perasan atau perkataan mudahnya, Narcissist!

 

 

 

 

The post EH! Disember 2017 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment