Tip Menggunakan Krim Tabir Suria

Pelembab dengan kandungan SPF, lebih dikenali sebagai tabir suria atau sunblock. Fungsi utama produk perawatan wajah ini adalah untuk melindungi wajah dari sinaranan UV bahaya yang akan merosakkan kulit. Namun, masih ramai yang tidak menggunakannya kerana ada yang mengatakan wajah sedikit berminyak tatkala mengolesnya pada wajah.

Jelita berkongsi dengan anda tip untuk memilih dan menggunakan produk SPF ini agar ia tidak menganggu dan kekal selesa pada wajah.

Kenalpasti Jenis Kulit Anda.

Jika kamu mempunyai kulit yang kering, sebaiknya pilih tabir suria yang bertekstur krim.  Manakala, untuk kulit berminyak, gunakan tabir suria yang bertekstur losyen.

Penggunaan Mengikut Keperluan

Jika kamu banyak melakukan kegiatan secara indoor, anda boleh memilih menggunakan tabir suria yang mempunyai SPF 30 agar kulit tidak berminyak. Sebaliknya, jika anda lebih terdedah akan aktiviti luar, anda disarankan untuk menggunakan sunblock yang mempunyai SPF 50. Semakin tinggi kadar SPF nya, semakin kuat perlindungannya pada kulit.

Penggunaan Yang Betul

Penggunaan tabir suria harus dilakukan dengan tepat, iaitu sebelum mengoleskan solekan. Namun, pastikan wajah anda sudah dibersihkan dan kering. Selain itu, oleskan krim tabir surian ini sekitar 15-20 minit sebelum anda keluar daripada rumah.

Aplikasikan Secara Sekata

Aplikasikan tabir suria secukupnya pada wajah dan sapu rata. Namun, jangan terlalu banyak ya. Nanti wajah anda akan berminyak.

 

The post Tip Menggunakan Krim Tabir Suria appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment