Isteri belum hamil boleh disebabkan jumlah Sperma yang kurang dikenali sebagai ‘oligospermia’ dan jika tiada langsung sperma dalam air mani dipanggil ‘azoospermia’. Kadar kiraan sperma dikira rendah jika sperma dalam air mani lebih rendah daripada 15 juta sperma separuh ml air mani. Dengan mempunyai kadar sperma yang rendah kemungkinan untuk sperma ini menghasilkan kehamilan juga rendah. Tiada ubat yang boleh meninggikan kiraan sperma secara khusus. Namun ia dapat di atasi dengan mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan berkualiti.
Terdapat beberapa faktor dan risiko berkait dengan kiraan sperma yang rendah.
Merokok – kajian menunjukan bahawa lelaki yang merokok berkemungkinan mempunyai kiraan sperma yang lebih rendah berbanding dengan lelaki yang tidak merokok.Meminum alkohol – alkohol boleh mengurangkan kadar testosterone dan seterusnya mengurangkan kadar pengeluaran sperma.
Pengambilan dadah – dadah seperti ‘anabolic steroids’ dengan tujuan untuk menguatkan otot boleh menyebabkan testikel mengecil dan mengurangkan pengeluaran sperma.
Terlalu gemuk – obesiti boleh menyebabkan perubahan pada hormone dan mengurangkan kesuburan.
Tekanan jiwa – jika berlaku untuk masa yang lama boleh menjejaskan hormon yang diperlukan untuk pengeluaran sperma.
Terdapat sejarah jangkitan seperti ‘mumps’, penyakit kelamin. – penyakit ini boleh menyebabkan pengeluaran sperma terjejas atau saluran pengeluaran tersumbat.
Terdapat sejarah terdedah kepada toksin – contohnya, perdedahan kepada chemicals yang digunakan di kilang-kilang seperti pesticides, organic solvents.
Jika testikel berada dalam keadaan yang panas terlalu lama seperti mandi dan berendam dalam air panas, penggunaan sauna, duduk terlalu lama terutama dalam keadaan panas, penggunaan seluar yang ketat dan meletak computer riba diatas riba untuk masa yang lama. Keadaan panas pada testes ini akan mengurangkan pengeluaran sperma.
Jika sedang menjalani rawatan untuk barah seperti radiotherapy atau chemotherapy.
Ubat-ubatan yang menyebab pengeluaran sperma terjejas seperti hormon testosterone.
Terdapat masalah ‘varicocele’ – apabila terdapat masalah pada saluran darah yang mengembang pada “testicles” yang menyebabkan suhu pada testes tinggi. Kepanasan suhu ini menjejaskan pengeluaran sperma.
‘Undescended testes’ – semasa di alam janin ada kalanya testikel gagal untuk turun ke dalam scrotum. Oleh kerana itu suhu pada testikel agak panas lalu terjejaslah pengeluaran sperma.
The post Bilangan Sperma Kurang Punca Lambat Hamil appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment