Gambar: INGimage
Kekurangan bajet bukan alasan untuk anda hadkan diri daripada tampil bergaya. Definisi fashionista bukan bermakna anda perlu berbelanja pada jenama yang mahal. Anda boleh jadi fashionista dengan bajet yang anda miliki.
Pakaian Lama
Jangan terburu-buru membuang semua pakaian lama anda. Pilih dahulu pakaian yang anda rasakan boleh dipakai lagi. Berikan nafas baru pada pakaian lama anda itu seperti mengubahnya mengikut saiz anda sekarang atau menambah perincian yang anda inginkan pada pakaian tersebut.
Pakaian Asas
Anda mungkin suka bergaya namun untuk membeli pakaian terkini di butik mungkin tidak menepati bajet anda. Penyelesaian terbaik adalah dengan menyimpan pakaian asas dalam almari pakaian anda. Baju-T putih dan celana denim adalah item wajib yang perlu ada kerana dua item ini mudah untuk digayakan dengan helaian lain. Sekali- sekala belanjakan wang anda untuk dress hitam yang berkualiti.
Pakaian Rona Neutral
Jika anda ingin berbelanja wang anda pada pakaian baru pastikan anda membeli pakaian yang palet warna neutral. Ia memudahkan anda untuk teknik mix and match. Palet warna neutral lebih mudah digayakan dan lebih versatil dari pakaian berona terang.
Aksesori
Cara yang termudah untuk menyuntik warna pada pakaian anda adalah melalui padanan aksesori. Laburkan wang anda pada aksesori tak kiralah rantai, subang, gelang mahupun topi! Padanan aksesori mampu untuk mengubah gaya anda menjadi lebih bergaya. Anda juga boleh memakai aksesori berulang kali dalam seminggu dan cipta gaya berbeza mengikut stail pakaian yang anda inginkan.
The post Bergaya Ikut Bajet appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment