AirAsia Runway Ready Designer Search Perluas Ke Negara Asean

Oleh: Farhana Fuad

 

 

Photo 1 - AARRDS 2016 Malaysia Judges

Barisan juri untuk AARDS 2016.

 

 

Pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2016 bakal dihangatkan sekali lagi dengan AirAsia Runway Ready Designer Search. Kali ini, AARDS bukan hanya akan menumpukan pencarian pereka fesyen muda di Malaysia, malah ianya akan diperluas ke empat lagi negara Asean lain termasuklah Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

 

Pencarian bakat muda dalam industri fesyen dunia ini bertujuan untuk menyediakan platform buat pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat sekaligus membantu mereka bertapak dalam dunia fesyen.

 

Barisan juri yang bakal menjadi panel hakim bagi AARDS adalah oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear, Andrew Tan, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Vivy Yusof, pereka fesyen terkenal Alia Bastamam dan Pengarang Majalah GLAM, Suzie Adnan.

 

Ujibakat AARDS bakal diadakan di setiap negara Asean yang terlibat. Ianya bermula di Jakarta pada 16 April, Manila pada 23 April, Kuala Lumpur paad 30 April, Singapura pada 7 Mei dan seterusnya ke Bangkok pada 14 Mei.

 

Tiga peserta terbaik dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir iaitu di KLFW RTW 2016 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos akan datang sekaligus merebut peluang AirAsia’a Most Promising Designer 2016.

 

Pencarian pereka fesyen muda ini terbuka pada pelajar jurusan fesyen yang berumur tidak melebihi 28 tahun, tidak kira yang sedang belajar atau telah lulus dari institut masing-masing.

 

1

Kehangatan pentas KLFW RTW tahun lalu di Pavilion Kuala Lumpur.

 

Peserta harus mementaskan tiga lakaran yang berilhamkan destinasi Asean berserta borang pendaftaran untuk menyertainya. Ianya boleh didapati di laman web KLFW.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.

 

Pencarian bakat muda dalam industri fesyen ini lebih mengujakan lagi kerana hadiah-hadiahnya yang bernilai lebih RM350,000 serta slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 tajaan dari FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman e-dagang tersebut, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan banyak lagi hadiah menarik yang menanti pemenang.

 

The post AirAsia Runway Ready Designer Search Perluas Ke Negara Asean appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment