Tampil Yakin Dengan Jam Tangan Bonia Timepiece, BNB 10481

Jam tangan adalah salah satu aksesori wajib bagi wanita dan juga lelaki. Penampilan anda akan tampak lebih menyerlah dengan rekaan jam tangan yang menarik dan elegan seperti Bonia Timepiece, BNB10481.

Mempunyai diameter yang praktikal dan klasik iaitu 40 mm untuk lelaki dan 32 mm untuk wanita. Case keluli yang tahan karat ini sangat kukuh dan membolehkan rintangan air sehingga 50 m dan di dalamnya pula menggunakan pergerakan kuarza Jepun yang tepat dan boleh dipercayai.

Jam tangan istimewa ini dilindungi oleh potongan kristal nilam telus yang bukan sahaja memberikan aura mewah pada jam tersebut tetapi juga ia telah disalut dengan bahan anti-reflektif yang membantu meningkatkan daya ketahanan jam. BNB 10481 dilengkapi dengan jarum jam, minit dan saat. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tetingkap tarikh yang terletak di jarum jam enam.

Hadir dengan empat kombinasi warna yang berbeza, gabungan rose gold dan emas pasti akan menyerlahkan penampilan anda. Kesemua jam tangan ini mempunyai dail putih seramik kecuali satu yang mempunyai dail keluli atau dail seramik hitam.Pada bahagian gelang pula, ia menggunakan keluli berkualiti tinggi yang memberikan keselesaan kepada pemakai. Jam BNB10481 boleh digunakan sebagai jam tangan sukan yang kelihatan menarik jika digayakan tidak kira masa atau acara.

Jam tangan yang direka khas untuk anda dan pasangan ini berharga dari RM538 sehingga RM598 dan sama seperti jam tangan BONIA yang lain, ia boleh didapati di butik Solar Time, semua peruncit jam tangan di seluruh negara atau di Solar Time.com

The post Tampil Yakin Dengan Jam Tangan Bonia Timepiece, BNB 10481 appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment