Kurang Bercakap Sehari Sebelum Kejadian Petanda Suami ‘Pergi’ Buat Selamanya

Enam hero anggota bomba dan penyelamat yang terkorban dalam misi mencari dan menyelamat seorang remaja terjatuh di dalam lombong mendapat perhatian rakyat Malaysia. Keluarga kepada hero kita ini berkongsi rasa sedih dan kisah detik terakhir bersama sebelum kejadian malam tadi.

Sama-sama kita doakan segala urusan berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan buat ahli keluarga keenam mangsa.

Dia kurang bercakap

Isteri kepada Mohd Fatah Hashim, Noor Nadia Kamaludin tidak menyangka mimpi suami meninggal dunia pada 2 minggu lalu menjadi kenyataan dan dia masih terkejut akan berita kematian suaminya itu.

Dua minggu lalu, saya bermimpi suami meninggal dunia dan saya beritahu arwah tetapi arwah ketawa saja. Arwah tak cakap apa-apa bila saya cakap mengenai mimpi saya. Saya betul-betul tidak sangka jadi kenyataan.

Noor Nadia mendapat berita kematian suami kira-kira jam 10.00 malam, semalam. Tambahnya lagi, dia menyedari suami, Fatah Hashim kurang bercakap sehari sebelum insiden tersebut.

Memang arwah tidak cakap sampai malam, pagi keesokannya arwah pergi kerja dan pulang makan tengah hari. Kemudian arwah panggil anak-anak, sangat pelik kerana arwah cium anak-anak. Kali terakhir saya berjumpa arwah pada 11 pagi semalam.

Sedih tapi bangga

Sementara itu, ayah kepada mangsa Adnan Othman iaitu Othman Surati berasa sedih akan pemergian anak keduanya itu. Bagaimanapun, dia turut berasa bangga kerana anak lelakinya itu pergi menghadap Illahi ketika bertugas.

Saya sedih tapi bangga kerana dia pergi ketika bertugas. Adnan dan keluarga pulang ke kampung untuk menyambut ulang tahun perkahwinan saya dan ibunya.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada 29 September lepas ketika Adnan pulang ke kampung bersama isteri dan anaknya.

Sebenarnya dia baru menyambut hari lahirnya yang ke-33 pada 27 September lalu sebab itu ketika pulang dia beriya-iya bertanyakan mana kek ulang tahun perkahwinan kami.

Arwah Adnan Othman meninggalkan seorang isteri, Norshamiza Salleh bersama dua anak perempuan masing-masing berusia dua dan lima tahun.

Semoga kesemua hero anggota bomba kita ini ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

Sumber: myMetro 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment