Ibu bapa sering mengambil ringan tentang masalah kemurungan yang dihadapi oleh anak. Hal ini mungkin akan memberikan kesan kepada emosi dan tumbesaran mereka juga mungkin akan terganggu. Sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa peka dengan keadaan anak, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. Jelita senaraikan tanda anak anda mungkin sedang menghadapi kemurungan.
- Anak kerap menangis walaupun cuma ditegur atau tanpa sebarang sebab.
- Mereka tidak suka bersosial atau bergaul dengan rakan sebaya
- Kelihatan tidak bersemangat dan sentiasa sedih
- Mereka juga cepat bosan atau tidak dapat memberikan fokus kepada pelajaran atau perkara lain yang sedang dilakukan.
- Sering mengadu sakit kepala, perut tau apa sahaja penyakit fizikal yang lain.
- Hilang selera makan
- Mengalami perubahan mendadak daripada segi personaliti, prestasi dan pelajaran mereka juga merosot.
- Jika penyakit kemurungan mereka itu berada di tahap yang serius, mereka mungkin mempunyai daya tarikan yang luar biasa terhadap kematian.
The post Ini Tanda Anak Anda Alami Kemurungan appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment