Harga Berpatutan,Kualiti Premium!Pemanduan Tanpa Batasan Dengan Tayar Petlas!

Memiliki kenderaan dah jadi satu kemestian sekarang. Bukan apa, mudah nak bergerak ke mana-mana bila nak beli barang, nak hantar adik atau anak korang ke sekolah dan semestinya untuk balik kampung.

Tapi memiliki kereta bermakna korang perlu jaga maintenance kereta korang. Ini semua merangkumi gas penghawa dingin, minyak pelincir, air dan tayar kereta. Penting sangat untuk pantau keadaan tayar tambah pulak bagi korang yang travel jauh. Bahaya! Takut meletup tengah jalan.

Kenali tayar kereta korang!

Bila korang nak pilih tayar atau nak tukar tayar, make sure korang tahu basic info mengenai tayar. Contohnya, macam dekat bawah.

Kredit Foto: Team-BHP.com

Ha! Ini semua adalah perkara yang wajib korang tahu. Tak kira lelaki atau perempuan, bab penjagaan kereta memang tak boleh diabaikan. Sebab kita gunakan kereta untuk urusan harian.

Bukan apa, at least nanti bila kita nak tukar tayar tak la kena tipu. Kalau korang nak tahu tayar selalunya hanya dapat jaminan 3 atau 4 tahun sahaja daripada pengilang dari tahun ia dikeluarkan. Jadi sebab tu kalau nak beli tayar kena tanya bila tayar dikeluarkan.

Kalau tayar dikeluarkan pada tahun 2016 dan korang nak beli tahun ni (2018), pastikan korang mintak diskaun harga tayar tu, sebab tu tayar lama.

Petlas Tyres janjikan kepuasan pemanduan!

Ramai yang tertanya-tanya kenapa admin syorkan guna tayar Petlas? Kalau korang nak tahu Petlas tayar ni bukan jenama calang-calang tau! berasal daripada Turki, Petlas tayar adalah pengeluar tayar bagi untuk kenderaan tentera di Turki sejak tahun 1976.

Hebatkan? Antara yang divisyen yang menggunakan petlas tayar termasuklah tentera udara dan tentera darat. Kenapa diorang pilih Petlas tayar? tentulah kerana kualiti dan juga rekaan Petlas tayar yang memenuhi setiap keperluan kenderaan mengikut laluan dan kekerapan penggunaannya. heavy duty gitu!

Kalau korang nak tahu rekaan eksklusif dengan menggunakan teknologi terkini Petlas Tyres PT741 menjanjikan kelainan yang tersendiri. Jaminan pemanduan pada tahap optimum, cengkaman Petlas Tyres PT741 bukan sesuatu yang perlu korang ragui.

Kenapa nak ragui produk berkualiti kan?

Lihat sendiri garis rusuk yang ada pada tengah tayar Petlas. Ianya memudahkan korang untuk control stereng kereta, sama ada korang berada di jalan lurus mahupun selekoh jalan. Letupkan?

Bukan itu sahaja memiliki kemampuan runflat (P-RFT ), Yang mana ianya membolehkan kenderaan bergerak tanpa sebarang tekanan udara pada 200KM pertama dengan kelajuan 80KM/h.

Tambahan pulak, tayar Petlas memang telah di reka khusus dengan menggunakan struktur tali nilon dan bunga tayar yang bukan sahaja tahan panas namun, mampu menyerap haba dan mengelakkan over heating berlaku.

Ini meningkatkan ketahanan tayar Petlas.Unik kan?

Pemanduan pada hari hujan bukan lagi satu kebimbangan buat para isteri diluar sana.

Tidak kira sama ada anda memandu pada hari hujan atau cuaca panas terik, cengkaman tayar pada jalan takkan terganggu. Bukan apa, tayar Petlas telah melalui ujian pemanduan yang begitu teliti sebelum ianya dibenarkan berada di pasaran.

Jadi, tak kira kemana sahaja korang bawak kenderaan korang. Tapi bila guna tayar Petlas, korang mesti boleh rasai perbezaanya.

Harga berpatutan! Mampu milik!

Untuk pengetahuan korang semua, Petlas Tyres PT741 merupakan tayar mampu milik dengan kualiti premium. harganya tak membebankan dan paling penting tahan lama. Lagipun bukan selalu ye kita tukar tayar kereta.

Kadang-kadang tu 2 tahun sekali baru tukar tayar. Jadi kena pilih tayar yang betul berkualiti dan yang penting tahan lasak.

Apa-apa pun pastikan kalau bunga tayar dah haus wajib tukar tayar tau. Bahaya korang! Terutamanya bila memandu pada hari hujan. Takut terbabas kereta korang nanti.

So, bagi korang nak dapatkan maklumat yang lebih detail, korang boleh layari laman Facebook dan website  Petlas  Tyres malaysia seperti yang tertera di bawah.

Website: Petlas Tyres Malaysia.

Facebook: Petlas Tyres Malaysia

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment