5 Cara Menggayakan Aksesori Ke Majlis Berbeza. Simple Tapi Cantik!

Kebanyakkan wanita tak gemar pakai aksesori sama ada ke pejabat mahupun ketika bersantai bersama keluarga. Sebabnya ramai tak tahu cara yang betul untuk mengayakan aksesori ni. Korang mesti risau akan nampak serabut dan “over” kan? Ha, takkan nampak serabut kalau kena gayanya!
Dalam post kali ni admin akan kasi tips aksesori mana yang paling ngam untuk korang pakai sama ada ke office, bersantai atau pun pergi dinner. Sesuai sangat untuk wanita-wanita yang selalu ke majlis-majlis yang berbeza tu.

Gaya minimalist macam menarik kan?

Gaya minimalist memang favorite kebanyakkan wanita. Senang je, semudah pakai jeans dan t-shirt. Tapi, korang kena pilih betul-betul t-shirt tu supaya tak nampak selekeh.
Kami syorkan supaya anda pakai t-shirt putih dan seluar denim. Gaya evergreen ni, membuatkan korang sentiasa nampak cantik. Padankan dengan gelang atau bracelet berwarna silver atau gold untuk tampak lebih menarik!

Taknak nampak terlalu serious mahupun playful.

Gaya ini sesuai untuk company yang environment relaks-relaks. Senang dan masih tampak stylo dengan gaya ni. Korang padankan seluar slack slim fit berwarna gelap dan baju plain berwarna terang. Sarungkan blazer bercorak atau plain untuk nampak lebih profesional.

Dan untuk aksesori, padankan dengan long necklace untuk gaya yang lebih wow!

Pergi dinner nak pakai apa..? Nanti over pula..

Tak tahu nak pakai apa ke Majlis Gala atau Majlis Makan Malam yang besar-besaran? Risau kalau pakai biasa je nanti underdressed. Kalau pakai over, mengerlip-gerlip nanti overdress pulak. So apa kata korang pakai je gaya classic ke majlis tu? Memang tak akan nampak underdress mahupun over!

Rantai dan gelang mutiara memang sesuai untuk dipadankan dengan dress labuh berwarna hitam! Korang mesti akan nampak lebih elegant!

Eh, bersantai pun kena cantik-cantik?

Siapa kata kalau nak bersantai tu tak boleh bercantik? Time santai lah sebenarnya kene nampak elok lagi-lagi kalau bersantai dengan keluarga. Diri kita mencerminkan keluarga kita tau. Untuk tampil lebih menarik tapi selesa untuk mengendalikan anak-anak, padankan blouse bunga-bunga atau plain dengan seluar jeans atau seluar palazzo.

Aksesori pula, tampil ringkas dengan bracelet atau gelang rose gold yang menawan ni! Simple tapi menarik di mata ramai.

Pergi pejabat pun kena lah bergaya sikit!

Pergi pejabat ni bukan sekadar datang, buat kerja, balik tau. Kalau korang fikir camtu, nanti korang akan murung dan tak ada mood nak buat kerja.

Kalau pakai pakaian yang terang, tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil, sedikit sebanyak ia akan effect mood korang dan orang sekeliling korang tau!  Sebab korang akan nampak confident gila!

Semua perhiasan ni nampak menarik dan elegant!! Kat mana boleh beli ?

Kalau korang terasa nak tukar dress-up korang lepas baca post ni, dan terus rasa nak beli aksesori-aksesori ni korang boleh check out Koleksi Swarovski Remix ni! Ada banyak design yang menarik dan chic yang korang boleh beli untuk nampak lebih wow!

Bukan tu je tau, korang siap boleh mix and match lagi dengan koleksi ni!

Eh, boleh personalized design sendiri? Bestnya!!

Yes guys, korang boleh personalized sendiri. So kalau korang nak rantai yang ada huruf favourite korang atau gelang yang ada birth stone korang semua pun boleh!
 
 Swarovski menyediakan sebanyak 26 huruf, 12 birth stones dan 5 motif yang korang boleh pilih untuk dapatkan perhiasan yang korang reka sendiri! Korang boleh reka perhiasan tu mengikut acara yang korang nak hadiri tau!
Inilah dia 5 rekaan motif dari  Swarovski  yang korang pilih. Cantik kan?
Bila aksesori tu ada nama atau birth stone korang, mestilah korang rasa lebih dekat dan excited nak pakai kan! Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi remix Swarovski ni, korang boleh klik sini!
Untuk pengetahuan korang, koleksi  Swarovski  Remix ni sudah boleh didapati di semua cawangan  Swarovski  dan Zalora online bermula 9 Ogos. Harga setiap koleksi bermula RM369. Jom dapatkan guys!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment