Petua Mudah Putihkan Siku, Lutut dan Bawah Lengan

Jika wajah sudah elok berseri-seri, bolehlah putihkan siku, lutut dan bahagian bawah lengan dengan menggunakan adunan bahan-bahan yang ada dalam dapur anda dan di rumah dengan mudah!

[caption id="attachment_18930" align="aligncenter" width="600"] ING Image[/caption]

Semua wanita cukup arif dan peka dengan penjagaan wajah tetapi culas memberikan perhatian kepada kejelitaan bahagian-bahagian tubuh yang lain, terutamanya siku, lutut dan bawah lengan.

Ini menyebabkan kawasan siku, lutut dan bawah lengan ini biasanya akan kelihatan lebih gelap daripada bahagian tubuh yang lain, tidak sekata tonanya dan bagi sesetengah orang, membuat diri terasa kurang menarik.

Sebagai contoh, antara sebab bawah lengan menjadi gelap adalah kekerapan bercukur. Bagi yang mempunyai bulu lebih gelap daripada warna kulit, kulit akan kelihatan lebih gelap kerana akar bulu berkenaan kelihatan samar pada permukaan kulit walaupun anda sudah mencukup pada atas permukaan. Selain itu, pengumpulan sel kulit mati pada bahagian itu membuatkan ianya kelihatan gelap.

Malah, penggunaan deodoran yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan kulit menggelap di situ kerana kandungan seperti bahan mengharumkan menjadi puncanya.

Bagi siku dan lutut pula, ianya adalah kawasan paling kerap dibengkokkan tambahan pula perlu menahan geseran dengan pakaian menyebabkan ia mudah ‘haus’. Tindak balas tubuh untuk melindungi kawasan berkenaan membuatnya menambah ketebalan kulit jadi ianya menggelap. Melembapkan kawasan itu dengan bahan atau produk yang betul boleh membantu. 

PETUA SATU

Bahan-bahan

Madu + Kunyit, adun sehingga sebati. Boleh tambah lagi jika perlukan lebih.

ING Image

Kemudian tambahkan sedikit susu segar dan kacau sehingga sebati. Sapukan pada bahagian yang ingin cuba dicerahkan. Biarkan seketika kemudian bilas sehingga bersih.

The post Petua Mudah Putihkan Siku, Lutut dan Bawah Lengan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment