Tujuh Langkah Untuk Realisasi Kening On Fleek Bak Kylie Jenner

Hakikatnya ramai wanita hari ini mengidamkan bentuk kening yang sentiasa on fleek seperti artis-artis kegemaran mereka. Jom ikuti langkah ini untuk realisasinya!

 

Gambar : Shutterstock

 

Kening adalah ibarat arca atau pintu gerbang yang membentuk rupa paras wanita. Kehalusan bentuknya harus seimbang dengan bentuk wajah kamu. Memiliki kening sempurna pastinya membuat mata memandang pasti tergoda.

 

Semua wajah kelihatan cantik dengan kening berbentuk klasik iaitu tebal pada permulaan dan runcing di bahagian hujung. Si wajah bulat cantik dengan kening lebih tinggi agar menambah ilusi wajah lebih kecil.

 

Wajah berbentuk hati perlu memiliki kening lebih semula jadi. Si wajah panjang pula perlu kening lurus dan kamu berwajah empat segi perlu hujung kening yang runcing. Bagaimana kamu mahu mengurus keningmu setiap waktu terutama saat bentuknya mula berubah?

 

1. Membentuk kening selepas mandian panas ketika ruang roma sedang terbuka mampu mengurangan rasa sakit.

 

2. Satu lagi cara adalah meletakkan pek kekacang dari peti sejuk selama dua minit di kening sebelum plucking.

 

3. Mengurangkan rasa sakit selepas mencabut kening, letakkan sehiris timun atau green-tea bags sejuk di kening.

 

4. Gunting lebihan kening menggunakan gunting bersih selepas menyikatnya. Berhati-hati kamu mahu kekal kelihatan bentuk semula jadi.

 

5. Isi jurang bulu kening dengan pensel dengan melukis garis-garis halus agar lukisan kening kamu membentuk seperti kening asli.

 

6. Guna concealer untuk bersihkan garis kening berlebihan dan biar kening kelihatan lebih teratur.

 

7. Maskara sudah habis jangan dibuang malah boleh dijadikan sikat kening untuk lebih jimat. Namun terdapat di pasaran, gel kening atau clear mascara untuk disikat pada kening agar lebih terurus.

The post Tujuh Langkah Untuk Realisasi Kening On Fleek Bak Kylie Jenner appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment