Teknik merias wajah tidak hanya menumpukan pada yang asas sahaja. Kini, terdapat pelbagai item solekan tambahan yang bisa buatkan solekanj anda tampak lebih berseri dan melindungi kecacatan pada kanvas wajah.
Sering kali anda mendengar tentang highlighter, primer, illuminator dan BB Cream. Namun, anda pasti keliru apakah perbezaan dan fungsinya pada riasan wajah. Berikut ialah perbezaan dan info mengenai item –item solekan ini agar anda tidak akan kekok untuk menggunakannya kelak.
Primer : Ia bertujuan untuk memberikan kanvas kulit yang lebih halus tatkala memakai solekan. Kadang-kadang kondisi kulit anda diserang akan masalah jerawat, parut, noda kemerahan dan sebagainya. Primer membantu aplikasi bedak asas atau bedak menjadi lebih mudah dan efek yang halus.
Highlighter: Ia berfungsi untuk menyerlahkan ciri-ciri kontur wajah seperti pada bahagian dahi, tulang pipi, lingkaran bawah mata , tulang hidung dan dagu. Ini kerana, kebiasaannya kawasan inilah yang akan buatkan wajah anda tampak berminyak dan berkilat. Dengan olesan highlighter, kontur wajah anda di bahagian ini akan kelihatan lebih bersinar dan berseri tanpa efek kusam.
Illuminator: Jika anda inginkan keseluruhan wajah tampak bersinar, aplikasikan iluminator ketika merias wajah. Anda boleh adunkan ia bersama bedak asas, atau mengolesnya selepas bedak asas untuk efek yang lebih halus dan berseri.
Boleh cuba produk ini! Shiseido 7 Lights Powder Illuminator
BB Cream: Teksturnya yang lebih halus dan ringan daripada bedak asas sering kali menjadi pilihan jika anda inginkan litupan wajah yang tidak terlalu berat. Ia juga masih mempunyai ciri melindungi dari sinaran UV dan menutup ketidaksempurnaan pada kulit.
The post Alas Wajah Lebih Sempurna appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment