Sendawa berpanjangan, keadaan badan tidak selesa dan sakit kepala adalah tanda-tanda lebihan angin atau gas dalam badan yang menjengkelkan.
Selain itu, perut kembung dan hilang selera makan menjadikan anda hilang keyakinan diri. Aktiviti seharian anda terbatas dan ini mengganggu perjalanan hidup normal anda. Kenali masalah ini dan bagaimana mengatasinya.
Angin dalam badan adalah gas yang terkumpul dalam sistem penghadaman. Ia mengandungi gas tidak berbau seperti karbon dioksida, hidrogen dan metana yang mana 99% kandungannya adalah gas buangan daripada usus.
Manakala angin yang keluar daripada dubur dan berbau busuk mengandungi sulfur yang dibebaskan bakteria dalam usus besar akibat makanan tidak hadam dengan baik.
EH! kongsikan cara untuk mengatasi lebihan angin dalam badan dengan segera.
1. Kawal pemakanan dan elak makan terlalu banyak makanan ringan serta air berkarbonat.
2. Dapatkan ubat perangsang aktiviti usus di farmasi untuk melancarkan pembuangan angin daripada usus.
3. Banyakkan minum air bagi melancarkan aliran darah dan membersihkan usus.
4. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, makanan berzat serat serta buah-buahan.
5. Bersenam dan berurut untuk mengurangkan masalah stres.
6. Jangan makan dengan laju kerana anda menelan udara dengan lebih banyak. Kunyah makanan dengan betul agar makanan yang tiba di usus mudah dicerna dan hadam.
7. Elak mengunyah gula getah dan kurangkan tabiat merokok.
8. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
9. Amalkan makan dengan jumlah yang sedikit namun kerap supaya perut tidak kosong dan rasa lapar.
The post Cara Mudah Atasi Lebihan Angin Dalam Badan appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment