5 Tempat Percutian Menarik Dan Unik Di Malaysia

Anda tidak perlu pergi ke luar negara hanya untuk bercuti di tempat-tempat yang menarik dan unik. Di Malaysia juga terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan unik yang boleh anda kunjungi. Jelita senaraikan lima tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh anda kunjungi.
 
sekeping-1
 

sekeping-2

Gambar: sekeping.com


 
Sekeping Serendah, Selangor

Bagi anda yang bosan dengan suasana di bandar, Jelita sarankan anda bercuti di Sekeping Serendah ini. Ia bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan. Bersantai bersama keluarga sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan. Pasti anda akan merasa damai. Alami suasana romantik dengan tidur di dalam kelambu.
 

the-shorea

Gambar: theshorea.com


 
The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan

Sebut sahaja Negeri Sembilan, pasti lokasi percutian yang terlintas dalam fikiran anda sudah tentu Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Ramai yang tidak tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh anda pilih di The Shorea.
 
limastiga
 

limastiga-1

Gambar: limastiga.blogspot


 
Limastiga, Umbai, Melaka

Bagi anda yang inginkan suasana kampung yang moden dan dilengkapi dengan kolam renang, anda boleh berkunjung ke Limastiga. Hanya dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Tempat ini tidak membenarkan sebarang minuman dan makanan yang haram bagi menjaga kesucian tempat ini.
 
tanah-aina
 

tanah-aina-1

Gambar: bp.blogspot.com


 
Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang

Tempat ini sesuai bagi anda yang gemarkan percutian yang lebih mencabar di dalam hutan. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini sesuai untuk sesiapa sahaja walapun yang bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.
 

photo04_high

Gambar: phileahotel.com


 
Philea Resort & Spa, Melaka

Ia merupakan resort lima bintang bagi anda yang inginkan percutian yang mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Resort ini terletak di Air Keroh, Melaka dan merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.

 

The post 5 Tempat Percutian Menarik Dan Unik Di Malaysia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment