KALAU SAYA SALAH, SIASATLAH! SAYA TIDAK TAKUT – JEJAI

jejai 3_1Jejai sebelum ini menafikan dia menceroboh kediaman dan menganggu kehidupan bekas isterinya, pelakon Fasha Sandha. Mengakui dirinya tidak bersalah, Jejai meminta agar pihak polis menyiasat kes ini dengan betul.

Jelas Jejai, beliau sedikit pun tidak merasa gentar kerana tiada apa yang beliau ingin sembunyikan.

Saya benar-benar berharap dan meminta pihak polis menyiasat kes ini untuk mengetahui kebenarannya. Kalau saya salah, siasatlah! Saya tidak takut dan tiada apa yang hendak disembunyikan.

Buat masa ini, Jejai yang sudah berhubung dengan peguamnya dinasihatkan untuk tidak memberikan komen lebih berkaitan kes ini. Cuma Jejai sekali lagi menegaskan tuduhan yang dibuat oleh Fasha terhadap dirinya tidak benar sama sekali.

Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam berhubung hal ini dan dinasihatkan untuk tidak bercakap banyak dulu. Apa yang saya boleh tegaskan adalah apa juga yang dilaporkan adalah sama sekali tidak benar.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment