Agama Islam makin ditindas sekarang kerana dianggap pengganas atau bahasa barat ‘terrorists’. Kebanyakan negara sekarang boleh dikatakan mengalami ‘Islamophobia’ akibat daripada beberapa siri pengebom berani mati. Selepas negara Perancis, negara Belgium turut mengalami tragedi yang sama pada Mac lepas.
Susulan daripada hal itu, kebanyakan warga Belgium bersatu buat protes untuk menentang Islam. Tapi apa yang menarik perhatian kami ialah apabila seorang gadis berhijab datang ambil selfie epik di tengah-tengah orang ramai yang buat protes tu. Tindakan gadis itu dapat pujian dari seluruh dunia.
Slumber ambil selfie di kalangan penunjuk perasaan
Ketika ramai dari warga Belgium yang anti-Islam buat protes di luar expo Muslim, seorang gadis berani yang bernama Zakia Belkhiri, 22 tahun telah mengeluarkan handphone dan mengambil beberapa epik selfie. Aksinya telah berjaya ditangkap oleh beberapa jurugambar di tempat protes tersebut.
Tindakan Zakia ternyata dapat perhatian seluruh dunia dan dapat pujian dari orang ramai. Ketika penunjuk perasaan memegang papan kertas ‘no headscarves’, ‘no mosque’ dan ‘stop Islam’, Zakia dengan slumber buat gaya ‘duck face’ untuk ambil selfie.
Bukan untuk protes, tapi untuk..
Apabila ditemu ramah oleh BBC, Zakia berkata tujuan dia berbuat demikian adalah “Untuk menunjukkan bahawa perkara boleh berubah. Dan kita (tak kira apa bangsa sekali pun) dapat hidup bersaman dengan aman, bukan dengan sesetengah orang malah dengan semua orang.” Tambahnya, dia ambil selfie itu bukan untuk protes tetapi untuk berkongsi keamanan dan kegembiraan.
Di akaun Twitter miliknya juga berkata “Saya bukan sahaja hormat agama Islam, semua agama berhak dapat penghormatan! Yahudi, Muslim, Kristian! Kita semua percaya kepada Tuhan masing-masing bukan?” Selain itu, Zakia mengucapkan terima kasih kerana menyokong tindakannya itu.
Dapat pujian orang ramai
Sumber: BBC
The post Ambil Selfie ‘Epik’ Ketika Protes Anti Islam, Gadis Berani Ini Dapat Perhatian Seluruh Dunia.. Respect! appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment