Bayi Meninggal Lepas Makan Epal Lenyek

Tidak sedarkan diri setelah diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menerusi Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah taska di Taman Mesra, Baling, Kedah. Bayi yang dikenali sebagai Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan itu, berada di ruang dapur taska ketika kejadian tersebut berlaku.

Mangsa menangis dengan kuat

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, bayi tersebut menangis dengan kuat kerana ingin mengikut penyelia pengasuh sebelum tiba-tiba tidak menyedarkan diri. Ketika kejadian tersebut berlaku, penyelia tersebut terus membawa bayi itu ke Klinik Kupang sebelum dirujuk ke Hospital Baling.

Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan tiada kesan luka atau lebam di badan. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk di bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment