HP Malaysia Bekerjasama Dengan Daiyan Trisha Dan Nik Qistina Dalam Kempen #ekspresikami

HP Malaysia dengan kerjasama penyanyi dan penulis lagu tempatan, Daiyan Trisha dan Nik Qistina akan menerbitkan lagu dan video muzik yang memfokuskan pada ekspresi diri di kalangan remaja. Bermula dari 4 Ogos sehingga 25 November 2018, peminat berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada video muzik dan memenangi komputer riba HP Pavilion x360 yang baru menerusi pertandingan di laman Facebook HP Malaysia.

Daiyan Trisha

Gambar: Instagram Daiyan Trisha

Kempen #ekspresikami bertujuan untuk memberikan kesedaran dan panggilan untuk bertindak kepada pemuda di Malaysia untuk mempamerkan semangat untuk mengejar impian mereka. HP Malaysia, Daiyan Trisha dan Nik Qistina akan mencipta lagu yang memfokuskan kepada ekspresi diri dengan merangkul keperibadian dan mengatasi kesukaran untuk meraih kejayaan.

Peraduan Ini Ekspresiku

Bermula dari 4 Ogos sehingga 17 September 2018, 10 pemenang dari pertandingan Ini Ekspresiku boleh menjadi sebahagian daripada video muzik Daiyan Trisha dan Nik Qistina, ‘Ini Ekspresiku’ dan turut memenangi E-baucar bernilai RM200 setiap satu.

Untuk mengambil bahagian:

Langkah satu: Rakamkan video anda menyanyi kepada bahagian korus lagu ini atau video pendek anda menari dengan lagu, ‘Ini Ekspresiku’

Langkah dua: Muat naik video anda pada akaun sosial media anda dengan tanda pagar #HPMY #ekspreskami dan #HPPavilion untuk menyertai kempen ini. Tag @hp_asia di Instagram atau @HP_Malaysia di Facebook untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Peraduan Flatlay

Bermula 3 November sehingga 25 November 2018, peminat HP Malaysia juga berpeluang untuk memenangi komputer riba HP Pavilion x360 dan juga aksesori HP.

Untuk mengambil bahagian:

Langkah satu: Hantarkan imej flatlay dengan item yang mengekspresikan diri anda dan terangkan makna #ekspresikami pada anda.

Langkah dua: Muat naik ke akaun sosial media anda dengan tanda pagar  #HPMY #ekspreskami dan #HPPavilion untuk menyertai kempen ini. Tag @hp_asia di Instagram atau @HP_Malaysia di Facebook untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Langkah tiga: Imej flatlay yang paling kreatif dan penerangan terbaik akan memenangi satu unit HP Pavilion x360 dan aksesori HP.

HP Pavilion x360 menampilkan komputer riba dengan bilah nipis dan prestasi yang dipertingkatkan untuk kegunaan yang lancar. Ia turut menawarkan ciri premium dan elemen reka bentuk yang memberik kuasa kepada pengguna untuk bekerja, menulis, menonton dan bermain. Komputer riba ini dijual dengan harga RM 2,358.

Untuk maklumat lanjut, mengenai kempen #ekspresikami atau HP Pavilion x360, sila lawati halaman Facebook HP Malaysia. Terma dan syarat turut disertakan.

The post HP Malaysia Bekerjasama Dengan Daiyan Trisha Dan Nik Qistina Dalam Kempen #ekspresikami appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment