[VIDEO] ‘Pelbagai Onak Ranjau Yang Kami Tempuh’ – Akhirnya Berkahwin, Tauke Jambu Menitiskan Air Mata

Selepas Abam dari kumpulan Bocey, hari ini Tauke dari kumpulan Jambu pula menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Nadia Mohd Affendi. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang akhirnya sah bergelar suami isteri setelah enam tahun bercinta.

Ini sekitar kemeriahan majlis nikah yang berlangsung sebentar tadi. Cantik betul isteri Tauke.

Selamat pengantin baru Tauke

Menerusi sesi live Astro Gempak, Tauke dan isteri sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Tauke juga menitiskan air mata gembira kerana akhirnya setelah 6 tahun bercinta mereka disatukan. Tauke mengakui terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuh dan berterima kasih kepada isteri yang sangat tabah.

Akhir sekali, Tauke mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut Tauke, bukan mudah untuk menjaga amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri. Diharapkan perhubungan kali ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Sekitar majlis

 

 

 

Alhamdulilah, sebak betul kami melihat Tauke terlalu sebak sehingga menitiskan air mata. InsyaAllah semoga perkahwinan ini kekal bahagia untuk selama-lamanya.

sumber : Astro Gempak

 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment