Pelakon, Emma Maembong ingin terus melangsungkan pernikahan tanpa perlu melalui ikatan pertunangan. Bagi Emma, dia lebih mengutamakan hal yang wajib dan sebolehnya pernikahan itu disegerakan.
Emma tidak meletakkan sasaran waktu untuk dia menamatkan zaman bujang dengan pelakon tampan, Kamal Adli. dan tiada apa yang boleh dikongsikan mengenai hubungannya dengan Kamal buat masa ini.
My Sketchbook Shawl By Emma Maembong
Emma turut melancarkan jenama tudungnya sendiri, My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Idea untuk menghasilkan jenama tudung ini datang daripada kakaknya, Yaya Maembong dan minatnya yang mendalam dalam melukis membuatkan dia bersetuju untuk mencipta rekaan tudung yang dilukis sendiri olehnya khas buat wanita.
Walapun sibuk dengan dunia lakonan namun ini tidak mematahkan semangat Emma untuk teruskan melukis corak pada rekaan tudungnya sehingga terhasil jenama ini.
My Sketchbook Shawl By Emma Maembong telah memperkenalkan empat lagi koleksi baharu iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell.
The post Emma Maembong Ingin Terus Melangsungkan Pernikahan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment