Seluar Denim Skinny Istimewa Musim Luruh

Sejak tahun 1934, Levi’s  memperkenalkan seluar denim khusus untuk wanita iaitu jeans 701. Semenjak itu, kaum wanita adalah pencetus inspirasi Levi’s  untuk terus komited mengolah reka pelbagai potongan untuk disuai padankan dengan pelbagai bentuk badan.

Bagi musim luruh 2017, Levi’s melancarkan rangkaian skinny jeans yang terunggul dan mengagumkan. Bukan sahaja boleh dipakai secara high-rise (paras atas pusat), mid-rise (paras bawah pusat), panjang atau cropped (potongan senteng), koleksi skinny jeans terbaru Levi’s ini sangat versatil, selesa dan  sesuai dipakai sepanjang tahun.

Pada musim ini juga butik fesyen denim terkenal ini turut meraikan kegemilangan skinny jeans dengan gabungan pelbagai jenis fabrik inovatif beserta kemasan serba baru khusus untuk menyerlahkan aset terbaik anda yang pastinya akan memberi anda ”Levi’s” bum yang diidamkan.

Sebagai busana asasi wanita, skinny jeans masih kekal sebagai jeans serba sesuai dan santai. Antara pilihan yang paling popular di kalangan peminat iaitu 711 Skinny jeans, 721 High Rise Skinny dan 501® Skinny.

 

 

 

 

 

 

 

 

711 SKINNY

Jenis skinny jeans paling digemari, berpotongan kurus sendat dengan siluet tubuh yang anggun bergaya. Berparas bawah pusat dan menirus dari pinggul dan peha hingga ke pergelangan kaki.

721 HIGH RISE SKINNY

Merangkul erat keliling pinggang dan memberi ilusi tubuh yang lebih panjang serta menyerlahkan bahagian badan yang sesuai. Padankan kemeja kegemaran anda dengan menyelitkannnya ke dalam  pinggang  seluar untuk  kelihatan lebih hebat bergaya dalam sekelip mata!

501® SKINNY

Bagi menepati gaya vintaj, ianya diperbuat daripada kain denim klasik tanpa regangan tetapi mengekalkan bentuk dan keselesaannya. Ciri utama ‘Button Fly’ juga dikekalkan dan paras pinggangnya tinggi sedikit dengan kaki seluar lurus sendat.

Jeans baru Levi’s Women’s Skinny boleh juga didapati dalam pilihan 710 Super Skinny dan Performance Cool. Kesemuanya direka khusus untuk menyokong dan mengangkat sekali gus merapi dan menyerlahkan lagi bentuk badan sepanjang hari dan setiap hari. Dapatkan ia di mana-mana kedai Levi’s di seluruh Malaysia mulai Julai 2017 pada harga antara RM219 hingga RM299! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.levi.com.my.

The post Seluar Denim Skinny Istimewa Musim Luruh appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment