Selamat Tinggal Kontur dan Highlight, Masa Untuk Teknik ‘Draping’ Kembali

Kontur dan highlight sudah lapuk, 2017 masa untuk teknik ‘draping’ kembali popular.

 

Buku tulisan Way bandy yang sudah sold out

 

Jika anda penggila solekan, anda pastinya sudah sedia maklum kembalinya teknik ‘draping’ yang mana efeknya lebih semula jadi. Tidak seperti kontur dan highlight yang dilihat keterlaluan dan merubah bentuk muka, teknik ‘draping’ dilihat lebih ‘mesra’ wajah, yang mana wajah dibentuk berdasarkan keunikan bentuk muka anda sendiri. Lebih glowing.

 

Way Bandy bersama model yang diriasnya

 

Teknik ini asalnya dipopularkan oleh Way Bandy, jurusolek selebriti yang cukup terkenal pada tahun 1970-an. Di tangannya terhasillah solekan cantik yang kita lihat pada wajah ikonik era tersebut seperti Cher, Farrah Fawcett dan Diana Ross.

 

Farrah Fawcett

 

Jika teknik kontur banyak bermain dengan variasi ton coklat (bergantung pada ton kulti anda sendiri), teknik ‘draping’ pula banyak bermain dengan pemerah pipi dan bronzer. Jadi bagaimana mahu mengaplikasi teknik ini?

 

Marc Jacobs draping

 

Ini caranya:

  • Layangkan bronzer (tidak terlalu gelap warnanya) pada bawah tulang pipi.
  • Layangkan pula pemerah pipi pada atas tulang pipi.
  • Layangkan sedikit pemerah pipi pada pelipis, sisi mata dan hujung kening.
  • Layangkan juga pemerah pipi pada leher, kanan dan kiri.

 

*Untuk aplikasi lebih semula jadi, pemerah pipi dalam jenis cecair lebih sesuai. Tepuk lembut pada bahagian pipi dan hujung mata dan kening.

 

The post Selamat Tinggal Kontur dan Highlight, Masa Untuk Teknik ‘Draping’ Kembali appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment