Buat Pencinta Fotografi: Fujifilm instax Square SQ10 & instax mini 9

Pelancaran kamera instax Square SQ10 dan instax mini 9 oleh Fujifilm Malaysia.

Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melancarkan instax Square SQ10 (“SQ10”) yang dinanti-nantikan seiring dengan versi terkini instax mini 9. Pelancaran SQ10 diumumkan dengan tema ‘The New Shape of Creativity’. Kamera segera hibrid SQ10 dengan format baru menawarkan filem berbentuk segi empat sama ‘filem instax SQUARE’ adalah kamera segera hibrid pertama dalam rangkaiannya yang dilengkapi dengan pengesan imej digital dan teknologi penghasilan imej digital yang membolehkan kualiti imej fotografi yang lebih hebat dan fungsi suntingan/penghasilan imej sebelum mencetak.

“Kami amat teruja membawakan kepada anda SQ10 yang terkini dan ingin kami tekankan mengenai tema ‘The New Shape of Creativity’ adalah satu tema yang indah seiring dengan versi baru rangkaian ini,” kata Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia.

Menurut dia lagi, “Format filem berbentuk empat segi sama itu memberi ruang yang terbaik untuk menonjolkan kemahiran seni. Kamera ini pasti akan menggoda generasi muda kerana ia sebuah kamera yang sangat menarik dan menawan, terutama sekali apabila ‘Social Network Service’ (SNS) atau ‘Sistem Jaringan Sosial’ juga menggunakan format berbentuk segi empat sama.”

“Sistem baru SQ10 ini juga telah menganjakkan kualiti imej instax ke aras yang lebih tinggi dan membolehkan jurugambar memperbaiki ketajaman daya kreativiti dan seni fotografi mereka menggunakan ‘interface’ atau antara muka bersifat intuitif yang direka khas untuk kamera hibrid ini.”

Bersempena dengan pelancaran itu, satu kempen ‘Taking New Shape: Creating Journals of Journeys’ telah dijalankan dengan bantuan enam ‘Key Opinion Leaders (KOLs)’ atau individu berpengaruh yang terdiri daripada; Hatta Dolmat, Charlene Tan, Ahmad Ezzrin Loy, Fara Ain, Ramona ZamZam dan Angela Lieche. Individu seni ini telah memaparkan jurnal kehidupan mereka sepanjang 5 hari dengan hanya menggunakan kamera SQ10 yang mempunyai ciri yang mudah untuk digunakan. Setiap jurnal mereka dihasilkan mengikut kreativiti mereka yang tersendiri dengan menggunakan format segi empat sama yang ditawarkan.

Setiap KOL yang dipilih diberi peluang untuk merasai kehebatan fungsi terkini menangkap gambar dan tahap kawalan yang tiada tandingan serta kemudahan menggunakan kamera SQ10. “Menghasilkan jurnal bergambar ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan ianya teramatlah mudah… terutama sekali apabila saya sentiasa sibuk di tempat kerja,” kata pereka fesyen Hatta Dolmat.

“Format filem berbentuk segi empat sama yang baru dibangunkan ini sangat mengujakan kerana ia mampu menghasilkan gambar dengan citarasa berseni. Saya percaya format ini sesuai dengan kehendak generasi kini dan juga peminat seni fotografi. Pengalaman saya menangkap gambar dengan komposisi yang sesuai untuk aspek nisbah “1:1″ serta kebolehan mencetak gambar secara fizikal menggunakan fungsi penyuntingan dan penghasilan menjadikan kamera SQ10 ini lebih menggoda,” katanya lagi.

Kamera itu juga memberikan KOL keterujaan dan peluang menghasilkan karya yang berseni dalam kehidupan mereka. Selain itu, kamera instax mini 9 juga turut dilancarkan pada majlis tersebut. mini 9 dicipta berdasarkan kejayaan yang diperolehi daripada instax mini 8 di seluruh dunia di mana ia mempunyai reka bentuk ikonik dan kemudahan penggunaan yang sama. Rangkaian terbaru ini dilengkapi dengan cermin swafoto dan kanta fokus dekat. Beberapa ciri lengkap daripada mini 8 dikekalkan – seperti pengukur pendedahan automatik untuk aturan aperture dan high-key mode atau pilihan kekunci-tinggi yang membolehkan pengguna menangkap imej dalam keadaan cerah serta sesuai untuk imej jenis potret.

mini 9 yang terkini menawarkan lima warna baru yang bergaya, iaitu ‘Flamingo Pink’, ‘Lime Green’, ‘Cobalt Blue’, ‘Smoky White’ dan ‘Ice Blue’ yang direka khas untuk menarik minat golongan muda.

*Kamera instax Square SQ10 dan instax mini 9 boleh didapati di Avenue K Japan Festival dan Wonder Photo Shop (LG2.142 Sunway Pyramid dan Tingkat 1, The Japan Store Isetan, Lot 10) sehingga 21 Mei 2017 sebelum ia dijual di seluruh negara.

The post Buat Pencinta Fotografi: Fujifilm instax Square SQ10 & instax mini 9 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment