Garrett Popcorn Shops memperkenalkan resipi masa terhad yang baru iaitu Tomyam.
Diilhamkan oleh hidangan kegemaran ramai, Tomyam, Garrett Popcorn Shops menggabungkan perisa sitrus limau nipis segar dan serai dengan kepedasan cili padi dan rempah ratus yang mencipta rasa yang tiada tandingan. Perisa pedas dan masam ini digabungkan dengan bertih jagung Buttery dan CheeseCorn segar yang disediakan setiap hari untuk menghasilkan bertih jagung Tomyam.
Anda boleh memilih sama ada untuk menikmati perisa Tomyam dengan bertih jagung Buttery untuk merasai kelazatan istimewa atau menikmatinya dengan bertih jagung CheeseCorn untuk rasa yang lebih masam dan pedas.
Hanya sebilangan terhad Tomyam Popcorn disediaka setiap hari. Harganya pula adalah bermula daripada RM13 untuk bungkusan kecil Tomyam Buttery dan daripada RM18 untuk bungkusan kecil Tomyam CheeseCorn. Anda boleh dapatkan di semua cawangan Garrett Popcorn Shops di Malaysia seperti di bawah, sementara stok masih ada.
- Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Elite Tower, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- Lot G001-B, Tingkat bawah, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
- Lot C151, Aras Concourse, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
- Lot G140, Tingkat bawah, 1Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
- L2-112, Aras 2, gateway@klia2, Kuala Lumpur International Airport 2, Sepang, Selangor
The post Bertih Jagung Perisa Tomyam Menjadi Tarikan Terbaru appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment