“Less is More” – Usaha Sama FashionValet & Arez. Co.

Sebagai platform e-dagang popular di Asia Tenggara, adalah menjadi sebuah penghormatan buat FashionValet untuk mengalu-alukan kedatangan koleksi fesyen penyanyi Indonesia kesayangan ramai, Afgansyah Reza.

Diberi nama Arez. Co., jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil daripada nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini.

“Saya sentiasa memikirkan tentang peminat saya sepanjang melaksanakan koleksi ini,” ujar Afgan.

Jenama ini memberi fokus kepada penghasilan barangan unik dan berkualiti tinggi, bermula dengan koleksi pakaian. Dengan itu, Arez. Co. telah disokong oleh pasukan kreatif yang mampu menterjemahkan idea Afgan kepada barangan unik.

Penggunaan kapas buluh digunakan dalam koleksi ini dan logo ‘signature’ berbentuk kaca mata diperlihatkan sebagai perlambangan tanda untuk koleksi Afgan.

Koleksi Arez. Co. memperlihatkan kebanyakan kemeja T dengan tema kasual dan santai. Kemeja T ‘unisex’ ini boleh digayakan oleh lelaki mahupun perempuan. Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu tidak melebihi RM150 setiap helai. Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu, hitam dan putih) dengan tujuan untuk mudah disuai padankan dengan kepelbagaian jenis mahupun warna seluar.

Semua sedia maklum yang ini  bukanlah kerjasama pertama antara FashionValet dan penyanyi tersebut. Sebelum ini FashionValet pernah menjadi penaja utama konsert Afgan yang berlangsung di Singapura pada 20 November 2016.

“Pihak kami bertemu Afgan sewaktu konsertnya tahun lalu dan mempunyai koleksi pakaiannya di platform kami adalah kesinambungan perhubungan yang menarik antara Afgan dan FashionValet. Saya berbesar hati dengan pemilihannya untuk pihak FashionValet melancarkan dan mempamerkan jenamanya secara eksklusif,” komen Vivy Yusof selaku pengasas bersama FashionValet.

“Kami memasarkan koleksi ini ke seluruh dunia dan bukan hanya untuk peminat di rantau ini,” tambahnya.

Pelancaran rasmi telah diadakan di stor FashionValet Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Anda kini sudah boleh membeli koleksi ini di kedai rangkaian mereka dan juga di www.fashionvalet.com.

The post “Less is More” – Usaha Sama FashionValet & Arez. Co. appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment