Tidur yang berkualiti ialah apabila anda tidur tujuh atau lapan jam sehari pada waktu yang betul. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan tubuh malah untuk kecantikan juga.
Kesan kekurangan tidur yang berkualiti boleh menyebabkan munculnya jerawat, mata sembap, lingkaran gelap bawah mata dan wajah menjadi pucat. Namun, ada ketikanya anda tidak boleh mengelak daripada situasi ‘tidak cukup tidur’ dek kerana tugasan seharian yang sibuk.
Jelita senaraikan lima tip yang anda boleh cuba untuk tampak cantik dan segar biarpun hakikatnya anda kekurangan tidur.
Segar Dengan Semburan Wajah
Basuh wajah dengan air sejuk kerana ianya boleh menyebabkan pembuluh darah mengecut dan seterusnya menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.
Kunci Kelembapan
Kekurangan tidur boleh menyebabkan kulit kering dan menggelupas pada keesokan paginya. Guna pelembap pada wajah selepas membersihkannya untuk mengunci kelembapan kulit dan menghindari kulit wajah daripada mengering dan menggelupas sepanjang hari.
Campuran Susu Dan Ais
Rendam tuala kecil dalam campuran susu dan ais. Perah tuala kecil tadi dan letakkan pada wajah selama lima minit. Kemudian bilas. Kombinasi dari pH susu ditambah dengan kesejukan ais membuatkan wajah tampak lebih berseri tanpa kusam.
Kurangkan Sembap
Anda fikir mampu kurangkan bengkak mata dengan hanya menggunakan solekan? Tidak sebenarnya. Kesan mata sembap mampu mencacatkan hasil solekan anda. Kurangkan bengkak mata dengan meletakkan sesuatu yang sejuk pada mata anda. Cuba gunakan uncang teh dan sudu yang disejukkan serta hirisan timun.
Krim Perawatan Mata
Jika masih tidak kurang bengkak mata dengan menggunakan helah tadi, guna krim perawatan mata. Untuk lebih berkesan dan rasa dingin, simpan krim perawatan mata di dalam peti sejuk. Kemudian sapu pada bahagian mata yang sembap tadi.
Tip Rawat ‘Mata Panda’.
- Kisarkan timun sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Gunting beberapa tisu wajah dan rendamkan ke dalam air terserbut. Selepas itu, ambil tisu yang direndamkan tadi dan masukkan di dalam pek kedap udara. Dan simpankan ia di dalam peti sejuk.
The post Helah Cantik Situasi ‘Tidak Cukup Tidur’ appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment