Semua ingin hidup lama dan bersusaha pelbagai cara bagi memastikan mereka panjang umur. Sebenarnya, tiada istilah panjang umur, sebaliknya berusaha untuk menjalani kehidupan sihat tanpa sebarang penyakit lebih utama. Tetapi tidak dinafikan ada makanan untuk membantu anda hidup lebih lama. Menurut kajian berikut adalah makanan yang dikaitkan dengan “panjang umur” dan Doktor Fauziah Hassan berkongsi mengenainya.
Makanan yang mengandungi kadar kandungan antioksidan yang tinggi
Buah-buahan dan sayur-sayuran bewarna adalah pilihan terbaik. Contohnya buah-buahan jenis “berry”, tomato dan terung. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan berperanan melawan “free radicals”. Terdapatnya molekul oksigen yang tidak stabil boleh menyumbang dalam proses penuaan. Kajian juga menunjukkan bahawa untuk mengurangkan risiko barah dan sakit jantung, seseorang dinasihatkan untuk mengambil sebanyak lima hingga tujuh hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap hari. Di samping itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, galian dan serat.
Ikan
Dinasihatkan mengambil ikan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bahawa ikan, terutamanya, ikan daripada lautan sejuk (cold water fish) mengandungi kadar kandungan DHA and EPA yang tinggi. DHA dan EPA adalah asid lemak daripada kumpulan “long chain polyunsaturated essential fatty acids”(LCPUFA). Pemprosesan beberapa enzim dalam badan manusia memerlukan asid lemak jenis ini yang hanya boleh didapati daripada makanan atau suplemen. Ini perlu dimakan oleh manusia kerana tidak dihasilkan sendiri oleh badan manusia.
DHA penting untuk fungsi otak, mata dan saraf. EPA pula penting untuk fungsi jantung, sistem ketahanan badan serta sistem tindak balas terhadap jangkitan. Kajian menunjukkan bahawa risiko murung selepas bersalin dan nyanyuk menurun jika pengambilan DHA mencukupi semasa hamil, dalam pantang serta apabila tua. Pengambilan ikan dalam kadar dua hingga tiga kali seminggu juga dinasihatkan untuk mengimbangi risiko keracunan mercury.
Kumpulan kekacang
Mengandungi serat yang tinggi serta karbohidrat jenis komplek. Karbohidrat jenis ini akan melambatkan proses penghadaman maka amat sesuai semasa berpuasa atau untuk menguruskan berat badan. Masa penghadaman yang lama membuatkan seseorang merasa kenyang dan penurunan gula tidak terlalu mendadak. Kacang juga mengandungi vitamin E yang tinggi untuk kesihatan kulit.
Tenusu
Penting sebagai punca kalsium yang diperlukan untuk mengelak tulang menjadi reput – osteoporosis. Keadaan ini menjadi lebih ketara bagi wanita yang menopos.
Serat
Terdapat dalam kumpulan makanan seperti bijirin (oat) Digalakkan pengambilannya untuk megurangkan masalah sembelit, buasir, dan juga penyakit jantung.
Minum air
Sekurang-kurangnya dua liter sehari. Digalakkan meminum air kosong dan mengurangkan minuman jenis bergas, kordial atau kopi atau teh yang banyak gula.
The post appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment