Gambar: Sumber Google
Semalam telah berlangsungnya Anugerah Melodi 2016 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul sembilan malam dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC.
Tujuan penganjuran Anugerah Melodi 2016 adalah untuk memberi penghargaan kepada para ikon industri hiburan di Malaysia. Ini adalah kali pertama Anugerah Melodi diperkenalkan oleh TV3 untuk mengiktiraf pencapaian para selebriti tanahair. 10 kategori telah dipertandingkan.
Anugerah ini menampilkan AG Hot FM sebagai hos dan digandingkan bersama hos Melodi terdahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman (hos pertama Melodi), Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Zizan Razak serta selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.
Anugerah ini turut dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh artis-artis popular Malaysia seperti Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewritter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino dan artis popular Indonesia seperti Afgan, marcell dan Rizky Febian
Jelita senaraikan pemenang penuh Anugerah Melodi 2016.
Personaliti Fesyen Melodi
Nazim Othman
Personaliti Pengacaraan Melodi
Neelofa
Personaliti Muzik Melodi
Ayda Jebat
Personaliti Komedi Melodi
Jep
Personaliti Filem Melodi
Zizan Razak
Personaliti Sukan Melodi
Datuk Lee Chong Wei
Personaliti Media Sosial Melodi
Ayda Jebat
Personaliti Pasangan Sensasi Melodi
Akim & Stacy
Personaliti Drama Melodi
Fattah Amin
Personaliti Sensasi Melodi 2016 (ULTIMATE AWARD)
Ayda Jebat
The post Senarai Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2016 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment