Nora Danish Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

nora-pink

Gambar: Instagram Nora Danish


 
Nora Danish telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu kenyataannya yang telah disalah tafsir oleh beberapa portal media hiburan. Pada 3 November lalu, Nora Danish telah ditemubual oleh Utusan Malaysia namun kenyataan yang telah diberikan dalam temubual itu telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online.
 
Menurut Nora, sesi temubualnya telah diambil luar daripada konteks dan disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media yang mengeluarkan tajuk laporan seperti “Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik” dan sekaligus mendapat respon negatif daripada sebahagian orang awam
 
Tambahnya lagi, reputasinya telah terjejas oleh tindakan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab dan kenyataan tersebut adalah bersifat sangat memalukan, mengelirukan dan palsu sehingga mendapat liputan luas media antarabangsa.
 
Menurut Nora lagi, dia tidak pernah menyatakan perlunya pengecualian cukai kepada golongan artis dan dia cuma memberi komen tentang penolakan dibawah S.39 Akta Cukai Pendapatan 1967.
 
Tambah Nora, akibat dari kejadian itu, kehidupan peribadi, hubungan peribadi, pihak ketiga yang tiada kena mengena serta perniagaannya telah menerima tempias kebencian, skandal dan penghinaan. Bahkan, ia turut menjejaskan kariernya.
 
Nora turut menjelaskan bahawa dia tiada pilihan lain selain dari melantik Tetuan David Gurupatham & Koay sebagai peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang serta-merta kepada pihak yang telah menyebabkan fitnah sedemikian.

The post Nora Danish Akan Ambil Tindakan Undang-Undang appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment