Buah labu bukan sahaja enak dibuat sup bersama campuran sayuran lain, namun anda sebenarnya boleh mencipta resipi mudah menggunakan labu. Jelita kongsi tiga sajian waktu petang yang enak dan ringkas menggunakan labu sebagai ramuan utama.
1. Cucur Labu
Selalu kita dengar cucur yang paling sinonim ialah cucur ikan bilis dan pisang. Sebenarnya labu juga enak dibuat cucur.
Bahan-bahan
Buah labu saiz sederhana atau separuh daripada size besar.
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula / gula perang
Secubit garam
Cara penyediaan
1. Kupas labu dan potong dadu kemudian rebus sehingga lembik bersama secubit garam
2. Angkat labu dan tapis air. Kemudian lenyekkan labu, masukkan gula dan gaul rata.
3. Tambah tepung sehingga adunan sebati. Elak letak tepung terlalu banyak supaya cucur tidak menjadi keras. Panaskan minyak dan gorang sehingga keperangan.
2. Keria Labu
Selalunya kuih keria menggunakan ubi namun anda boleh cuba menggunakan buah labu. Rasanya lebih manis dan gebu.
Bahan-bahan
Labu saiz kecil
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit air
1/2 cawan gula
Cara penyediaan
1. Potong dadu buah labu dan rebus sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
2. Bentukkan labu seperti kuih keria dan goreng sehingga kekuningan dengan api yang kecil.
3. Untuk sira gula, panaskan periuk kemudian masukkan gula bersama dua sudu air dan kacau sehingga cair. Masukkan segera keria ketika gula larut masih panas dan gaul rata. Angkat keria dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
Foto: 123rf.com
The post Sajian Minum Petang Mudah Hanya Guna Labu appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment